Saturday, July 25, 2026
HomeSUKANArsenal Patut Malu Dengan Man. United - Henry

Arsenal Patut Malu Dengan Man. United – Henry

LONDON – Tampil sebagai pencabar kejuaraan tidak boleh dibanggakan oleh Arsenal kerana pencapaian ketika ini belum cukup untuk mengatasi apa yang diraih oleh Manchester United.

Walaupun konsisten sepanjang tiga musim dalam memberikan cabaran di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi legenda The Gunners, Thierry Henry menganggap ia tidak memberi sebarang makna kecuali memenangi piala.

Arsenal terus kemarau trofi dengan kali terakhir melakukannya pada musim pertama pengurus pasukan, Mikel Arteta berjaya menewaskan Chelsea sewaktu final Piala FA 2020.

Disebabkan itu, Henry merasakan adalah wajar Arsenal berasa malu dengan United kerana meraih pencapaian lebih baik apabila memenangi dua piala dalam tempoh lima tahun walaupun The Red Devils terus bergelut dengan prestasi.

“Walaupun sering diketawakan, namun Manchester United bermain lima final dalam lima tahun terakhir, manakala Arsenal tidak mampu melakukannya untuk tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Jadi saya faham kenapa orang mula bertanyakan soalan, adakah perlu Arsenal untuk mendapatkan piala?,” kata Henry.

Secara purata, Arsenal meraih 82 mata sepanjang tiga musim terakhir di Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan mereka hanya berpuas hati dengan status naib juara selama tiga kali berturut-turut.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES