Saturday, July 25, 2026
HomeBERITAAgong Zahir Ucapan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Agong Zahir Ucapan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.

Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, baginda bertitah, sambutan ini bukan saja sebagai tanda kesyukuran di penghujung musim menuai, malah menjadi peringatan buat seluruh rakyat supaya sentiasa mensyukuri rezeki dan nikmat dikurniakan, selaras dengan kepercayaan dan amalan masing-masing.

Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya rakyat Malaysia terserlah menerusi sambutan perayaan berkenaan.

“Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mencerminkan kekayaan warisan tradisi serta keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia.” Titah baginda menerusi hantaran itu.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut di Sabah hari ini, manakala Hari Gawai di Sarawak pula disambut esok dengan kedua-dua perayaan diraikan sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES