Pengalaman ibu bersalin atau melahirkan anak memang satu momen yang mengharukan dan juga menggembirakan bukan sahaja diri si ibu, tapi seluruh keluarga atau kenalan terdekat. Pun begitu, proses demikian tidak terhenti setakat itu, ada penjagaan khas yang ibu kena patuh iaitu berpantang supaya tubuh badan ibu kembali kuat setelah melalui satu fasa agak berat dalam hidupnya.
Ramai ibu yang lepas bersalin nampak kuat, tampak segar dari luar, namun ada yang tak sedar dalaman badannya masih ‘berperang’ dengan pelbagai perkara. Antaranya adalah perubahan metabolisma yang mendadak sehingga jadikan badan lemah, cepat letih serta emosi tak stabil.Perkara itu juga yang membawa kepada pelbagai persoalan atau kerisauan dalam diri si ibu sendiri.
Ada yang tertanya, adakah perkara itu normal dirasai oleh semua ibu yang melahirkan. Keadaan lain seperti haid tidak teratur, tak selesa di bahagian intim dan angin serta ketidakselesaan perut juga boleh menjadi ‘mimpi ngeri’ si ibu jika tidak dikawal atau dirawat dengan secukupnya. Selain daripada rawatan model, tahu tak sebenarnya ada cara yang si ibu boleh cuba dahulu dari rumah, dengan hanya gunakan bahan semula jadi untuk mengatasi masalah-masalah tadi.
Delima
Buah dikatakan mempunyai khasiat yang mampu membantu menurunkan tekanan darah serta mengurangkan kolestrol jahat. Sambil menyokong kesihatan badan, khasiat daripada buah ini juga dapat membantu mengekalkan kecerdasan otak serta membantu mengatasi masalah gusi, kulit dan keradangan.

Biji Ketumbar
Bahan semula jadi ini pula dapat menyokong kesihatan badan dan usus secara keseluruhan. Perkara ini kerana ia kaya dengan antioksidan, dan ketumbar juga membantu mengurangkan keradangan.

Manjakani
Bahan ini sangat kaya dengan kalsium, fosforus, antioksidan, flavonoid dan asid fenolik. Disebabkan itulah Manjakani dikatakan dapat menyokong tulang kuat dan sihat, menyokong kesihatan intim wanita dan juga membantu atasi keputihan ringan.
Bukan itu sahaja, Manjakani juga mampu mengekalkan kebersihan dan kesegaran kawasan intim, di samping boleh membantu sistem penghadam agar kekal lancar dan juga menyembuhkan luka.
Kacip Fatimah
Terkenal bahan untuk wanita, kacip fatimah dikatakan mampu menyokong kesihatan intim wanita dan juga membantu melancarkan kitaran haid. Bagi ibu yang lepas bersalin juga disarankan untuk mengambil bahan ini dek kerana boleh membantu proses penyembuhan untuk ibu bersalin dan juga memulihkan badan, membantu tambah stamina dan kecergasan badan. Antara lainnya adalah boleh melegakan senggugut dan keputihan serta menyokong kesihatan kulit melalui kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya.

Gam Arabik
Bahan ini pula bertindak sebagai prebiotik yang membantu memberi nutrisi kepada bakteria baik dalam untuk dan juga membantu melegakan sembelit. Secara asasnya, bahan ini juga boleh menyokong kesihatan penuh bagi yang mengamalkannya.

Jintan Manis
Bahan dapat membantu penghadam dan menyokong kesihatan wanita terutamanya yang baru lepas bersalin.
Cekur
Agak tidak pelik jika ada orang tua-tua nasihatkan untuk ambil bahan ini kerana ia membantu pemulihan selepas bersalin dan mengembalikan tenaga, disamping segarkan badan terutamanya bagi wanita yang merasa lemak atau letih. Selebihnya, ia juga mampu menyokong kesihatan dalaman wanita.
Serai
Mungkin selalu guna, tapi mungkin ada yang tak sedar serai boleh legakan kesakitan, kurangkan sakit otot serta sendi, legakan lenguh badan dan juga melancarkan pembuangan air kecil.
Melalui serai juga, stres dapat dikurangkan dan memberikan relaksasi sebagai aromaterapi.

Walaupun sudah terbukti banyak manfaat atau kelebihan melalui bahan semula jadi, namun tak semua mudah untuk menjumpai bahan tersebut atau agak sukar untuk kumpulkannya. Namun, agak rugi sebenarnya jika ibu yang baru lepas bersalin tidak mendapatkan segala manfaat yang diceritakan tadi.
Disebabkan itu, sebenarnya anda boleh sahaja dapatkan segala khasiat dan kelebihan daripada bahan semula jadi tadi, dalam satu produk telah dipasarkan oleh NR. Produk yang dimaksudkan adalah Neuvie: Minuman Botani Delima.
Neuvie: Minuman Botani Delima

Secara asas dan ringkasnya, Neuvie merupakan minuman botani yang diformulasikan bagi menyokong kesihatan dalaman wanita yang mana bahan tradisional dan nutrisi moden digabungkan. Melalui gabungan ini, produk ini dapat membantu memberikan tenaga, keseimbangan dalaman dan sebagai penjagaan rutin ibu dalam tempoh pemulihan (selepas 30 hari).
Keunikan Neuvie
Apa yang membuatkan produk ini lebih unik dan mesra untuk si ibu yang lepas bersalin adalah ia datang daripada hasil formulasi gabungan moden dan tradisional. Produk ini juga mudah untuk diamalkan di mana pengguna hanya perlu tuang dan minum, tanpa perlu bersusah payah masuk ke hutan untuk mencari segala bahan semula jadi yang disebutkan tadi.
Antara keunikan lain Neuvie adalah membantu penjagaan dalaman wanita dan mengembalikan rasa segar, bertenaga dan keyakinan diri. Selain itu, ia juga menyokong gaya hidup wanita moden yang menjaga rutin ibu dalam tempoh pemulihan (selepas 30 hari). Pengguna juga akan menikmati manfaat kesihatan intim, tenaga dan yakin dalam 1 produk sahaja.
Manfaat Utama Neuvie
Kalau anda masih tertanya kenapa ibu yang baru lepas bersalin (selepas 30 hari) perlu amalkan produk ini, ia adalah kerana Neuvie ini dihasilkan khas untuk menambah tenaga, kurangkan lesu dan juga memberi manfaat baik untuk pencernaan serta buang angin.
Dalam masa yang sama Neuvie membantu keselesaan dalaman, serta menyokong sistem pertahanan badan dan membantu mood dan fokus.
Neuvie Bukan Untuk Semua Orang
Walaupun produk ini membawa manfaat yang banyak, namun ia tidak digalakkan untuk diamalkan oleh lelaki, kanak-kanak, wanita hamil, wanita belum berkahwin, individu yang ada alergi terhadap mana-mana bahan dan mereka yang sedang dalam rawatan tertentu.
Pun begitu, jika anda adalah seorang ibu yang baru lepas bersalin dalam tempoh 30 hari, badan cepat letih, lesu serta kitaran haid tidak teratur serta masalah lain seperti metabolisma tidak stabil, tak selesa bahagian intim dan kurang tenaga selepas bersalin, produk ini memang khas untuk anda amalkan kerana ia didatangkan bersama khasiat-khasiat bahan semula jadi.

Untuk ibu yang bakal atau baru sahaja melahirkan cahaya mata, jangan ambil mudah dengan kesihatan badan anda. Jangan tunggu ‘badan jatuh’ baru nak jaga. Ibu juga manusia yang memerlukan perhatian dan pemulihan. Dengan pilihan bahan semula jadi yang betul, sedikit demi sedikit badan kembali kuat dan metabolisma lebih stabil. Lebih mudah sekarang, bahan-bahan tersebut sudah boleh didapati di dalam setiap botol Neuvie.
Jadi, bagi anda yang berminat dan mahukan segala khasiat bahan semula jadi yang terkandung dalam satu produk Neuvie, anda boleh dapatkan NR Nouvie ini di platform TikTok melalui Live yang akan diadakan pada tarikh yang tertera di bawah:
Khamis, 7 Mei 2026
- 4:00pm – 6:00pm
Jumaat, 8 Mei 2026
- 11:00am – 1:00pm
Khamis, 21st Mei 2026
- 4:00pm – 6:00pm
Apa yang istimewanya pembelian melalui Live di TikTok, pembeli berpeluang memenangi NR Limited Gift Card Emas, yang mana anda tidak akan dapat di tempat lain, hanya di NR sahaja.
Kesihatan ibu bukanlah perkara kecil. Apa yang kita ‘consume’ hari ini akan beri kesan kepada tenaga, emosi dan kualiti hidup akan datang. Jadi, mulai sekarang, jaga dalaman, baru luaran turut serta untuk pulih.





