Friday, November 6, 2026
HomeBERITATF Value-Mart Labur RM20 Juta Perluas 20 Cawangan TF Borong

TF Value-Mart Labur RM20 Juta Perluas 20 Cawangan TF Borong

PETALING JAYA – TF Value-Mart memperuntukkan pelaburan lebih RM20 juta bagi memperluas perniagaan borong dan perkhidmatan makanan menerusi TF Borong, dengan sasaran membuka 20 cawangan menjelang akhir 2027.

Dua cawangan pertama TF Borong mula beroperasi di Batu Caves dan Taman Connaught, Kuala Lumpur, sekali gus menandakan fasa pertama peluasan perniagaan berkenaan.

TF Borong menawarkan lebih 2,000 produk baharu khusus untuk sektor perkhidmatan makanan termasuk bahan keperluan harian, bekalan segar, barangan operasi.

Turut ditawarkan, bahan premium seperti udang kara import, ketam salji dan daging lembu berkualiti tinggi jenis angus serta wagyu, tertakluk kepada bekalan.

Inisiatif itu menyasarkan pengusaha restoran, kafe, katerer, peruncit, pengusaha sektor hospitaliti, penjaja, peniaga makanan jalanan serta perusahaan kecil dan sederhana pada harga kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif TF Value-Mart, Ho Mun Hao berkata, sektor perkhidmatan makanan merupakan antara segmen paling berdaya tahan dalam ekonomi pengguna Malaysia dan memerlukan pembekal yang memahami keperluan operasi.

“TF Borong menggabungkan rangkaian kedai, keupayaan pembelian berskala besar serta kepakaran penyediaan daging dalaman bagi menyokong keperluan perniagaan ini.

“Pelaburan lebih RM20 juta dan perancangan untuk mencapai 20 cawangan menjelang akhir 2027 mencerminkan keseriusan kami dalam merebut peluang ini,” katanya.

Menurut syarikat itu, setiap cawangan TF Borong turut dilengkapi perkhidmatan yang menyediakan pakar potongan daging mengikut spesifikasi pelanggan termasuk saiz hidangan dan kaedah pemotongan.

Selain pembungkusan pukal dan harga kompetitif, pelanggan turut menikmati kemudahan perkhidmatan berfokuskan perniagaan termasuk sokongan pelanggan, tempahan menerusi WhatsApp, serta bantuan pembeli peribadi.

Pelanggan perniagaan juga boleh menyertai program keahlian TF Borong dengan pendaftaran menerusi WhatsApp di talian 0129663488 bagi mendapatkan tawaran dan sokongan khusus.

Selepas Batu Caves dan Taman Connaught, TF Borong akan diperluaskan secara berperingkat ke 20 cawangan TF Value-Mart menjelang akhir 2027.

Pelaburan lebih RM20 juta itu merangkumi kerja peluasan dan naik taraf kedai, pengambilan pakar pemotong daging serta penambahan lebih 2,000 produk khusus untuk sektor perkhidmatan makanan.

Cawangan TF Borong seterusnya dijadualkan dibuka pada 1 Disember 2026.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tawar Khidmat Seks, Wanita Warga China Dipenjara 5 Bulan, Denda RM4,000

0
TAWAU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM4,000 terhadap seorang wanita warga China yang mengaku bersalah...

CATEGORIES