Friday, October 16, 2026
HomeLUAR NEGARAPesawat Japan Airlines Bawa 300 Penumpang Terbakar Di Lapangan Terbang Jepun

Pesawat Japan Airlines Bawa 300 Penumpang Terbakar Di Lapangan Terbang Jepun

TOKYO – Sebuah pesawat yang membawa lebih 300 penumpang terbakar di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo hari ini selepas berlanggar dengan sebuah pesawat Pengawal Pantai.

Portal berita MailOnline melaporkan, rakaman video menunjukkan pesawat Japan Airlines terbakar ketika ia berada di landasan dengan api marak dilihat keluar dari tingkap penumpang.

Pesawat itu bertembung dengan sebuah pesawat Pengawal Pantai ketika ia melalui landasan, lapor stesen penyiaran TV Japan, dengan perlanggaran itu menyebabkan pesawat terbakar.

“Ia terbakar di hadapan saya,” kata seorang saksi menerusi hantaran di platform X.

Berdasarkan laporan Kosmo, beberapa pasukan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dengan rakaman dari stesen penyiar Jepun, NHK menunjukkan anggota bomba bertungkus-lumus cuba memadamkan api.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Penuntut Universiti Didakwa Tikam Bekas Teman Wanita, Adik Mangsa Hingga Parah

0
KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swasta warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan...

CATEGORIES