Monday, July 14, 2025
HomeLUAR NEGARAPemegang Empat Ijazah Sarjana, PhD Terpaksa Jual Sayur Tampung Hidup

Pemegang Empat Ijazah Sarjana, PhD Terpaksa Jual Sayur Tampung Hidup

NEW DELHI – Seorang lelaki yang mempunyai empat ijazah sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) kini terpaksa menjual sayur di Punjab bagi memenuhi keperluannya, lapor portal berita News18 semalam.

Dr. Sandeep Singh, pernah bergelar profesor kontrak di Universiti Punjabi, Patiala. Namun, dia terpaksa meninggalkan pekerjaannya kerana masalah gaji yang amat rendah.

Lelaki berusia 39 tahun itu juga pernah bekerja sebagai profesor kontrak di Jabatan Undang-undang Universiti Punjabi selama kira-kira 11 tahun.

Dia juga mempunyai empat ijazah sarjana termasuk Punjabi, Kewartawanan dan Sains Politik.

Profesor yang kini menjual sayur-sayuran itu kini melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perpustakaan dan Sains Maklumat dari Universiti Lovely Professional.

“Pada Jun tahun lalu, saya berhenti mengajar kerana menjadi sukar bagi saya dan keluarga saya untuk bertahan dengan gaji (rendah).

“Saya masih mahu bekerja sebagai profesor tetapi keadaan tidak mengizinkan,” katanya kepada akhbar India Today.

Menurut Singh, dia akan terus belajar sepanjang hayatnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Cucunda Penyambung Zuriat, Insya-Allah Bertemu di Syurga’

0
PETALING JAYA – Sempena bulan kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan kerinduan serta kasih sayang yang tidak pernah...

CATEGORIES