Monday, August 10, 2026
HomeLUAR NEGARAPelajar Tahfiz Maut Ditemui Dalam Keadaan Memeluk Al-Quran

Pelajar Tahfiz Maut Ditemui Dalam Keadaan Memeluk Al-Quran

JAKARTA – Seorang pelajar tahfiz, maut dalam kejadian kebakaran di Asrama Putra Pondok Pesantren DDI Mambaul Ulum Addariah Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan pada Rabu.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa,14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskah al-Quran.

“Ketika kejadian sekitar waktu Zuhur, kebanyakan pelajar berada di masjid. Ketika itulah kejadian kebakaran terjadi di salah sebuah bangunan asrama lelaki.

“Mangsa dipercayai cuba memasuki asrama berkenaan bagi menyelamatkan barang peribadinya, bagaimanapun Allahyarham terperangkap kerana api marak,” kata juruteknik Patobong Aris kepada wartawan pada Rabu.

Kejadian kebakaran berlaku sekitar tengah hari waktu tempatan. -Agensi
Kejadian kebakaran berlaku sekitar tengah hari waktu tempatan. -Agensi

Jelasnya, selepas bomba berjaya memadam kebakaran mayat Allahyarham ditemui rentung dalam keadaan memeluk al-Quran.

“Mayatnya ditemui dalam keadaan memeluk kitab suci itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pinrang, Iptu Andi Reza Pahlawan menjelaskan, kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Api berjaya dipadamkan sekitar jam 3.30 petang waktu tempatan,” katanya.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Benda Disangka Hancurkan Itulah Dekatkan Kita Pada Allah’ – Yassin Yahya

0
PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan...

CATEGORIES