Wednesday, April 22, 2026
HomeLUAR NEGARALambat Terima Bagasi, Lelaki Ugut Buang Air Besar Pada Mesin Bagasi

Lambat Terima Bagasi, Lelaki Ugut Buang Air Besar Pada Mesin Bagasi

LONDON – Seorang lelaki mengugut untuk membuang air besar pada mesin pemindahan bagasi (belt conveyor) selepas hilang sabar ketika menunggu barangan miliknya dikeluarkan di Lapangan Terbang London Gatwick, Britain baru-baru ini.

Akhbar New York Post melaporkan, lelaki itu dirakam menjerit di dalam sebuah bilik untuk bercakap dengan pekerja yang mengendalikan bagasi.

“Kami masih menunggu. Jika anda lambat, saya akan membuang air besar di atas laluan (mesin pemindahan bagasi),” kata lelaki itu dalam keadaan marah.

Ketika kejadian, dia dilaporkan hanya menunggu selama 15 hingga 20 minit sebelum memarahi kakitangan.

“Jika kalian tidak pantas, saya akan buang air besar betul-betul di atas mesin bagasi,” katanya.

Tidak lama kemudian, bagasi milik lelaki itu menjadi yang pertama keluar melalui alat tersebut berbanding beg milik penumpang lain.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sekatan Pelabuhan Iran: AS Arah 28 Kapal Berpatah Balik

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan 28 kapal untuk berpatah balik atau kembali ke pelabuhan sejak permulaan sekatan ke atas kapal yang memasuki...

CATEGORIES