Tuesday, September 22, 2026
HomeLUAR NEGARAJambatan Kaca Pecah, Pelancong Wanita Maut

Jambatan Kaca Pecah, Pelancong Wanita Maut

JAKARTA, Indonesia – Jambatan kaca The Geong di Hutan Pinus Limpakuwus, daerah Banyumas pecah, menyebabkan dua pelancong terjatuh dan salah seorang daripada mereka terbunuh, lapor laman berita Suara.com.

Pelancong wanita dikenali sebagai AI, 41, itu mengalami kecederaan, manakala seorang lagi mangsa, FA, 49, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Banyumas, Edy Suranta Sitepu berkata, kedua-dua mereka menggunakan jambatan itu sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) semalam.

Ketika kejadian, empat pelancong dalam kumpulan itu terjatuh kerana terdapat kepingan kaca yang pecah apabila dipijak.

“Apabila kaca pecah, dua mangsa berjaya berpegang dan menyelamatkan diri, manakala dua daripada mereka terjatuh,” kata Edy.

Polis kini masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dengan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) diambil bagi membantu siasatan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES