Tuesday, November 3, 2026
HomeBERITADakwaan Soalan Ujian Bertutur SPM 2026 Bocor Tidak Benar

Dakwaan Soalan Ujian Bertutur SPM 2026 Bocor Tidak Benar

PETALING JAYA – Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan berlaku kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan, hasil penelitian mendapati maklumat yang tersebar sebenarnya merupakan senarai tema umum dan ramalan berdasarkan kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Menurutnya, persamaan tema atau kata kunci yang dikongsi dengan instrumen peperiksaan sebenar tidak membuktikan berlakunya kebocoran soalan.

Jelas lembaga itu, hal ini kerana sesuatu tema boleh dikembangkan kepada pelbagai bentuk soalan, situasi dan tugasan berbeza.

“Lembaga Peperiksaan menegaskan bahawa penyediaan dan pengendalian instrumen peperiksaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan mematuhi aspek keselamatan dan kerahsiaan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya.

Sehubungan itu, katanya semua pihak diingatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Lembaga Peperiksaan turut menasihatkan calon SPM 2026 agar kekal tenang dan memberikan sepenuh tumpuan kepada peperiksaan yang sedang berlangsung.

Tambahnya, Lembaga Peperiksaan kekal komited memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti peperiksaan SPM 2026 sentiasa terpelihara demi menjamin keadilan kepada semua calon.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cara Atasi Kaki Melecet Ketika Memakai Kasut, Ini 5 Langkah Yang...

0
Kaki melecet ketika memakai kasut merupakan masalah biasa yang boleh menyebabkan rasa pedih, kemerahan dan ketidakselesaan ketika berjalan. Keadaan ini lazimnya berlaku akibat geseran...

CATEGORIES