Tuesday, November 3, 2026
HomeBERITALelaki Maut Di Banting Ditetak Akibat Dendam, 3 Ditahan

Lelaki Maut Di Banting Ditetak Akibat Dendam, 3 Ditahan

SHAH ALAM – Akibat dendam, seorang lelaki maut dipercayai ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Banting, Kuala Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.01 tengah malam, dengan tiga lelaki ditahan susulan kejadian itu.

“Mangsa berusia lingkungan 20-an dan tinggal bersama ibu dan bapanya di Banting

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada dendam, namun motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Mengulas penahanan tiga lelaki, katanya semua yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Banting bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Perkara Yang Boleh Terjejas Sepanjang Musim Tengkujuh

0
Musim tengkujuh sering dikaitkan dengan hujan lebat, angin kencang dan keadaan laut bergelora. Di Malaysia, Monsun Timur Laut yang lazimnya berlaku dari November hingga...

CATEGORIES