Tuesday, November 3, 2026
HomeBERITA575 Penduduk Terjejas Akibat Banjir Kilat Di Kampung Melayu Subang

575 Penduduk Terjejas Akibat Banjir Kilat Di Kampung Melayu Subang

SUNGAI BULOH – Seramai 575 penduduk daripada 253 keluarga terjejas akibat kejadian banjir kilat di Kampung Melayu Subang susulan hujan lebat yang berlaku pada petang Isnin.

Daripada jumlah tersebut, seramai 30 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Siantan, manakala baki 245 keluarga lagi memilih untuk menumpang di rumah saudara-mara.

Pengarah Jabatan Kebajikan Selangor, Azmir Kassim berkata, jumlah berkenaan direkodkan setakat jam 11.15 pagi, Selasa.

Menurut beliau, PPS Dewan Siantan dibuka atas arahan Pengerusi Bencana Daerah susulan kejadian hujan lebat dan banjir kilat di kawasan berkenaan.

Katanya, pihak berkenaan pada awalnya menyediakan dua PPS, namun hanya lapan keluarga mendaftar untuk mendapatkan perlindungan di Dewan Siantan.

Operasi PPS itu dijangka tidak berlangsung lama dan bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Pengurusan mangsa banjir turut dibantu oleh beberapa agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah Daerah Petaling dan RELA.

Penduduk Mula Membersihkan Kediaman

Tinjauan di kawasan berhampiran mendapati sebahagian besar penduduk mula membersihkan kediaman masing-masing, termasuk mencuci peralatan dan kelengkapan rumah yang dipenuhi lumpur akibat banjir.

Beberapa penduduk turut dilihat membersihkan kenderaan masing-masing selepas dimasuki air.

Sebelum ini, sebanyak 92 rumah dilaporkan terjejas akibat banjir di sekitar Kampung Melayu Subang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dilaporkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.18 petang.

Antara kawasan kediaman yang terjejas ialah Lorong Merbau, Jalan Cengal, Jalan Resak dan Jalan Jati.

Kejadian itu menyebabkan ratusan penduduk terkesan, dengan sebahagian daripada mereka terpaksa berpindah ke PPS atau mendapatkan perlindungan di rumah saudara-mara.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Perkara Yang Boleh Terjejas Sepanjang Musim Tengkujuh

0
Musim tengkujuh sering dikaitkan dengan hujan lebat, angin kencang dan keadaan laut bergelora. Di Malaysia, Monsun Timur Laut yang lazimnya berlaku dari November hingga...

CATEGORIES