Sunday, April 26, 2026
HomeLUAR NEGARABenua Amerika, Asia dan Asia Barat Diramal Hadapi Cuaca Panas Melampau

Benua Amerika, Asia dan Asia Barat Diramal Hadapi Cuaca Panas Melampau

INDIANAPOLIS, INDIANA – Sebahagian besar kawasan di Bumi diramal menjadi terlalu panas untuk didiami dengan penduduk di Benua Amerika, Asia dan Asia Barat terpaksa berhijrah ke rantau lebih sejuk sekiranya suhu terus meningkat disebabkan perubahan iklim, lapor akhbar Daily Star.

Menurut sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat, negara seperti India, Pakistan, timur China dan sub-Sahara Afrika diramal mengalami keadaan haba berpanjangjangan yang sukar ditangani.

“Tekanan haba paling teruk akan berlaku di kawasan miskin yang dijangka mengalami pertumbuhan penduduk pesat dalam dekad akan datang. 

“Ini adalah realiti  walaupun negara-negara terbabit menghasilkan pelepasan gas rumah hijau jauh lebih sedikit berbanding penyumbang utama iaitu negara-negara kaya.

“Akibatnya, berbilion-bilion penduduk dunia akan menderita dan ramai akan mati walaupun negara-negara kaya akan turut terjejas,” kata profesor sains Bumi, atmosfera dan planet di Universiti Purdue, Indiana, Dr. Matthew Huber.

Pakar-pakar mendapati sekiranya suhu meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius di atas paras praindustri, sebahagian besar negara miskin tidak lagi boleh didiami.

Pendedahan itu dikeluarkan selepas September mencatatkan rekod suhu terpanas di seluruh dunia dengan purata suhu udara di permukaan adalah 16.38 darjah Celsius.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Meta Buang 8,000 Pekerja Bulan Depan

0
WASHINGTON  – Meta merancang mengurangkan kira-kira 10 peratus kakitangannya pada bulan depan selepas syarikat tersebut meningkatkan perbelanjaan pada projek kecerdasan buatan (AI), lapor Perbadanan...

CATEGORIES