Wednesday, June 10, 2026
HomeLUAR NEGARAArab Saudi Laksana Denda RM600 Jika Tinggal Anak Dalam Kenderaan

Arab Saudi Laksana Denda RM600 Jika Tinggal Anak Dalam Kenderaan

RIYADH – Direktorat Trafik Arab Saudi memberi amaran kepada semua pemandu di negara itu supaya tidak meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan di dalam kenderaan, lapor laman berita Gulf News semalam.

Mengikut undang-undang Arab Saudi, meninggalkan kanak-kanak bawah umur 10 tahun di dalam kenderaan dianggap sebagai pelanggaran lalu lintas dengan denda dikenakan adalah antara 300 riyal (RM373.95) hingga 500 riyal (RM623.24).

Arahan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak semasa dalam perjalanan.

Pemandu-pemandu kenderaan juga dinasihatkan untuk menggunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak bagi meningkatkan keselamatan dalam kenderaan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES