Petaling Street Pula Dilanda Banjir Kilat Semalam

0
452
Foto: Harian Metro

Kuala Lumpur: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan Jalan Petaling (Petaling Street) di sini yang menjadi tumpuan pelancong dinaiki air.

Perkara itu dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi perkongsian di Facebooknya, malam ini.

Menurut DBKL hujan lebat di ibu kota sejak 5.40 petang itu sehingga ke malam ini menyebabkan beberapa kawasan lain sekitar ibu negara turut dilanda banjir.

“Jalan Petaling antara kawasan yang terbabit dengan banjir kilat di mana air mula naik sekitar 5.40 petang itu dan surut lebih kurang 40 minit kemudian,” menurun hantaran itu.

“Dianggarkan terdapat 40 gerai di kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here