Saturday, July 12, 2025
HomeVIRALMakcik Kemboja Beri Keterangan Di IPK Melaka

Makcik Kemboja Beri Keterangan Di IPK Melaka

MELAKA – Usahawan wanita warga Kemboja yang klip videonya tular selepas mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika melakukan pentstriman langsung di TikTok hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bagi memberi keterangan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ia bagi membantu siasatan 14 laporan polis berkaitan klip tersebut yang diterima kontinjen itu sejak minggu lalu.

Katanya, wanita tersebut hadir pada Selasa lalu dan siasatan telah dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin oleh pegawai penyiasat sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, lapan individu lain turut dipanggil sejak Ahad lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, satu klip video berdurasi 1 minit 7 tular di TikTok memaparkan seorang wanita melontarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika pentstriman langsung di sebuah gedung pakaian muslimah sehingga menerima kecaman ramai.

Menurut Kosmo, difahamkan wanita itu yang juga pemilik gedung tekstil menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor dan mengakui dirinya merupakan warga Kemboja, namun sudah lama menetap di Malaysia.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mbappe, Cristiano Ronaldo Buat Pilihan Sama

0
PARIS – Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo miliki pilihan yang sama dalam memilih siapa yang layak merangkul Ballon d’Or 2025 dengan kedua-duanya menyatakan sokongan...

CATEGORIES