Saturday, April 11, 2026
HomeHIBURANTuduhan Saya 'Scammer' Terlalu Kejam' - Hamidah Wahab

Tuduhan Saya ‘Scammer’ Terlalu Kejam’ – Hamidah Wahab

KUALA LUMPUR: Terpaksa menanggung malu dan reputasi tercalar, pelakon veteran, Hamidah Wahab, 69, berjanji akan membawa seorang lelaki yang menuduhnya ‘cammer’ ke muka pengadilan.

Hamidah mendakwa lelaki terbabit menuduhnya berkomplot, menipu dan mengambil wang RM100,000 daripadanya.

Hamidah tidak sangka nama baiknya sebagai figura awam sejak memulakan karier lakonan pada 1970-an, ‘punah’ begitu saja. Tuduhan itu terlalu kejam untuk dirinya.

“Memang terasa amat sangat sebab belum pernah seumur hidup saya, nama saya tercemar. Tuduhan ‘scammer’ bukan kecil, boleh dibawa ke mahkamah, saya takkan berdiam diri.

“Saya akan buat saman malu dan saman fitnah selagi dia datang minta maaf. Saya hendak dia ‘bersihkan’ nama saya. Dia perlu akui apa yang dilakukannya adalah fitnah dan pembohongan.

“Saya juga hendak dia datang jumpa kami sekeluarga dan berterus-terang terhadap tindakannya. Kalau ikutkan, saya hendak saja dedahkan wajahnya,” katanya pada sidang media khas mengenai dakwaan itu di sini, semalam.

Hamidah berkata, dia sudah membuat dua laporan polis terhadap lelaki terbabit.

“Saya simpan semua bukti tuduhan dia terhadap saya. Kalau betul saya tipu dia wang sebanyak itu, tunjuklah segala bukti penyata bank atau apa. Dia ingat senang-senang bank luluskan amaun itu?” katanya.

Hamidah turut mempersoalkan motif sebenar individu berkenaan yang didakwanya sengaja mahu menjatuhkan dirinya dan keluarga atas dasar dengki dan khianat.

“Saya rasa dia ini jadi kambing hitam. Dia sendiri pernah cakap dia ada Datin, dia ada polis tolong dia. Tapi saya percaya undang-undang negara kita. Kalau dia salah, tetap akan kena,” katanya.

Hamidah benar-benar berharap namanya dapat dibersihkan daripada tuduhan itu yang didakwa memberi kesan kepada emosi.

“Orang sampai hubungi saya minta kepastian tidak kurang yang percaya pasal tuduhan itu. Selama ini saya cukup menjaga nama baik dalam hidup dan alih-alih tercemar kerana hal ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video yang mendakwa Hamidah, adik perempuannya, Juriah Abd Hamid dan anak suadara, Muhammad Afique Ab Mahat menipu orang dengan mengambil sejumlah wang.

Tidak cukup itu, dua lagi anak saudaranya, iaitu Dr Diyana Mahat dan Mardiah Ab Mahat turut menjadi mangsa tuduhan individu terbabit.

Sumber – HM Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES