Friday, July 17, 2026
HomeHIBURANShila Amzah Rancang Berhijrah Ke China Hujung Tahun Depan

Shila Amzah Rancang Berhijrah Ke China Hujung Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Penyanyi Shila Amzah tidak menolak kemungkinan akan kembali berhijrah ke China, kali ini bersama suami, Ubai dan dua anak mereka, Seth Uwais dan Rhea Akira sekitar penghujung tahun hadapan.

Shila, 36, berkata, biarpun perkara tersebut masih tiada kata putus namun perancangannya sudah ada memandangkan dia bakal mengikat sebuah kontrak di China idak lama lagi.

“Saya bakal mengikat kontrak tetapi tidak boleh kongsi secara terperinci mengenai tempoh dan untuk tujuan apa. Cuma yang boleh saya katakan, kontrak itu agak lama.

“Jadi, untuk kami kerap pergi balik, sebenarnya agak memenatkan juga cuma penghijrahan itu bukanlah dalam tempoh terdekat, mungkin akhir tahun depan.

“Saya dan Ubai memang ada sasaran sendiri dalam kehidupan dan kerjaya. Saya tak menolak sekiranya perlu berhijrah kembali ke China, itu sasaran kami,” katanya pada majlis sidang media konsert Shila Amzah Kita 25 Tahun di sini, semalam.

Katanya, perancangan membawa dua anaknya kerana enggan lagi meninggalkan mereka setiap kali mempunyai projek di China .

“Mungkin akan bawa anak-anak sebab setiap kali ada projek di China sekarang ini, terpaksa tinggalkan anak-anak selama dua hingga tiga hari.

“Tapi nasib baik ibu dan bapa tiri tinggal berdekatan dengan rumah kami, mereka yang banyak tengok-tengokkan Seth serta Rhea walaupun ada pembantu.

“Jadi itu antara pengorbanan yang saya perlukan tetapi dalam masa sama akan pastikan anak-anak bangga dengannya. Itu benda pertama yang selalu saya fikir,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia menafikan bakatnya lebih dihargai di negara tersebut sebaliknya ke sana mengejar rezeki yang ditawarkan di sana.

Dia bahkan menegaskan tidak pernah menganaktirikan peminat di Malaysia meski akan berhijrah ke China sekali lagi.

“Memang saya mengimpikan kontrak tersebut tetapi tidaklah cakap di sana lebih hargai atau sebaliknya.

“Saya pernah duduk di China pada tahun 2012. Kemudian pulang ke Malaysia sebelum pandemik Covid-19 dan sebagainya. Saya berasakan rezeki itu tiada pada waktu itu.

“Jadi, peluang itu datang semula. Sekarang ini bukan nak saya nak cakap fasal penghargaan tetapi di mana ada rezeki, di situlah saya tuju.

“Kalau berhijrah, bukan bermakna saya melupakan peminat di sini sehingga huat album Melayu dan konsert. Jadi, saya cuba mencari keseimbangan itu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shila bakal mengadakan konsert Shila Amzah KITA 25 Tahun yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland pada 15 Ogos ini.

Konsert berskala mega itu turut menampilkan Mimi Fly, Hael Husaini, DJ Fuzz, Kidd Santhe dan Balan Kashmir sebagai penyanyi jemputan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lawak Biarlah Bertempat, Jangan Keterlaluan, Belajar Meminta Maaf’ – Achey

0
PETALING JAYA: Pelawak, Achey mengingatkan penggiat industri komedi supaya sentiasa menjaga batas serta garis panduan dalam setiap bahan jenaka yang dipersembahkan agar tidak mengguris...

CATEGORIES