Wednesday, July 29, 2026
HomeHIBURANSeparuh Tulang Scapula Dibuang, Sahronizam Kuat Hadapi Pemulihan

Separuh Tulang Scapula Dibuang, Sahronizam Kuat Hadapi Pemulihan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sahronizam Noor, memaklumkan kini berada dalam proses penyembuhan selepas menjalani pembedahan selama enam jam bagi membuang tumor di bahagian kanan belakang badan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada 29 Oktober lalu.

Sahronizam berkata, keputusan sama ada tumor berkenaan bersifat kanser atau sebaliknya hanya akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pembedahan dijalankan.

“Alhamdulillah, tumor sudah dipotong dan dibuang. Doktor terpaksa memotong separuh daripada tulang scapula saya bagi mengeluarkan tumor itu.

“Sekarang saya masih menunggu keputusan sama ada ia hanya tumor atau kanser. Jika disahkan kanser, saya mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Kampung People itu berkata, dia kini masih dalam proses pemulihan kerana pembedahan tersebut membabitkan bahagian tulang yang dibuang.

“Saya belum sembuh sepenuhnya. Memang ada rasa sakit sebab pembedahan ini melibatkan struktur tulang,” ujarnya.

Sahronizam turut memaklumkan dua tiub dipasang pada bahagian bahu dan rusuknya bagi membantu proses penyedutan darah kotor dan lebihan bendalir.

“Doktor pasang dua tiub untuk sedut darah menggunakan mesin vacuum. Proses ini biasanya mengambil masa lima hari bagi memastikan tiada darah beku atau lebihan tertinggal dalam badan,” katanya.

Dalam pada itu, Sahronizam berkata, kekuatan tangan kanannya kini hanya sekitar 40 peratus akibat pembuangan tulang berkenaan.

“Selepas ini saya perlu lakukan senaman ringan untuk mengembalikan fungsi tangan. Dulu boleh angkat tinggi, tapi sekarang kekuatan tinggal lebih kurang 40 peratus sahaja sebab tulang dah dipotong.

“Saya pun tak boleh baring lurus, kena tidur mengiring sebab ada dua tiub di bahagian bahu dan rusuk,” katanya.

Menurutnya lagi, tempoh keluar hospital bergantung kepada keadaan luka serta nasihat doktor yang merawat.

Terdahulu, Sahronizam berkongsi mengenai penemuan tumor di bahagian kanan belakang badannya sejak beberapa bulan lalu. Isterinya, penyanyi dan pelakon Safura, turut memaklumkan mengenai keadaan kesihatan suaminya itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Meskipun berdepan ujian kesihatan, Sahronizam tetap meneruskan tanggungjawab dan bekerja seperti biasa.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tidak Mahu Dia Tukar Agama Sekadar Di Atas Kertas’ –...

0
PETALING JAYA – Pelakon juga penyanyi popular, Daiyan Trisha mengakui pernah menjalin cinta dengan seorang lelaki bukan Islam namun hubungan tersebut putus di tengah...

CATEGORIES