Monday, July 27, 2026
HomeHIBURAN'Perjalanan Ini Tak Mudah Tetapi Cukup Bermakna' – Bella Astillah

‘Perjalanan Ini Tak Mudah Tetapi Cukup Bermakna’ – Bella Astillah

PETALING JAYA – Menyambut ulang tahun kelahiran ke-31, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menaruh harapan agar kedua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna akan membesar menjadi manusia yang berguna.

Berusaha menjadi ibu terbaik, Bella bagaimanapun mengakui selalu dihantui rasa serba salah kerana jadual kerjanya yang sibuk namun bersyukur dua anaknya memahami tentang usahanya dalam mencari rezeki untuk keluarga.

“Terima kasih Ayden dan Ara yang faham bila mummy selalu kerja. Bila nampak mummy down, Ayden akan tanya ‘awak okey?’ sementara Ara pula akan peluk.

“Ayden selalu cakap dia tak nak kahwin sebab nak jaga mummy sahaja.

“Saya minta maaf sebab banyak kekurangan dari segi membesarkan kamu berdua tetapi percayalah akan pastikan hanya yang terbaik untuk Ayden dan Ara,” katanya dalam satu hantaran Instagram baru-baru ini.

Tambahnya, kehidupan yang dilaluinya ketika ini bukan sesuatu yang mudah eelain mengingatkan anak-anaknya agar tidak sesekali mengejar pangkat dan status kelak.

“Alhamdulillah pada usia saya 31 tahun, saya diberi kesihatan dan anugerah oleh-Nya iaitu kamu berdua.

“Tak mudah perjalanan ini tetapi cukup bermakna. Semoga kamu sentiasa dilindungi dan menjadi manusia yang bukan sahaja penuh dengan ilmu tapi baik hati.

“Ingat kehidupan bukan hanya status, populariti, harta semata-mata tetapi juga tentang adab dan kebaikan,” katanya lagi.

Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2023.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 8, dan Ara yang kini berusia empat tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES