Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURAN‘Saya Kerja 18 Jam Tanpa Henti, Tapi Tolong Bayar Ikut Kontrak’

‘Saya Kerja 18 Jam Tanpa Henti, Tapi Tolong Bayar Ikut Kontrak’

PETALING JAYA – Elak diri dipermainkan, pelakon Datuk Aaron Aziz pernah nekad tidak meneruskan penggambaran sebuah naskhah selagi bayarannya tidak dilunaskan.

Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan selepas penerbit melenggahkan untuk menjelaskan bayaran pelakon dan kru selepas sebulan tertunggak.

“Bayaran dah lambat sebulan, produser tak nak bayar? Saya buka mikrofon, terus cakap, ‘Saya tak nak shooting’.

“Sampaikan kru filem pun cakap, ‘Bagus, filem-filem semua ini abang simpan, kita tak payah shoot sebab belum dapat bayaran’,” katanya dalam sesi audio siar Syok yang dikendalikan hos, Sudyr Tahir.

Insiden beberapa tahun lalu itu katanya merupakan peringatan kepada rumah produksi agar memikirkan nasib serta kesungguhan pekerja dengan menepati janji.

Malah akui pelakon filem KL Gangster itu dirinya seorang yang komited terhadap tugasan selain tegas apabila membabitkan soal bayaran.

“Saya jenis pelakon yang anda boleh suruh saya kerja 18 jam tanpa henti tapi kalau dalam kontrak kata hari ini adalah bayarannya maka hari itu jugalah kamu kena bayar.

“Saya memang ‘particular’ bab bayaran. Tapi kalau dah tangguh sampai sebulan tapi lepas itu awak macam bodoh-bodoh.

“Daripada pagi kata cek ‘on the way’ tapi sampai 10 malam tak sampai-sampai. Cek dari mana? Jakarta ke?,” ujarnya

Begitupun, Aaron tidak mendedahkan nama syarikat mahupun drama atau filem yang dibintanginya itu.

“Filem atau drama apa itu tak boleh nak sebut tapi siapa yang tengok ini tahulah,” katanya.

Sebagai aktor senior yang sudah dua dekad aktif dalam industri, beliau antara selebriti yang lantang berkongsi isu atau pandangan berkaitan dunia seni.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula...

0
PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan...

CATEGORIES