Thursday, June 25, 2026
HomeBERITAPegawai Imigresen Cedera Ketika Cuba Tahan Wanita Warga Asing

Pegawai Imigresen Cedera Ketika Cuba Tahan Wanita Warga Asing

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Jabatan Imigresen cedera ketika cuba menahan wanita warga asing dalam operasi, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha, berkata kedua-dua pegawai berkenaan cedera ringan di bahagian tangan dan lutut selepas terjatuh ketika mengejar wanita terbabit yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam operasi itu.

Dalam operasi berkenaan, 25 wanita daripada 64 warga asing berusia 18 hingga 60 tahun dari Indonesia, Myanmar, Pakistan, Bangladesh dan Nepal ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar medan selera di Jalan Klang Lama dan rumah urut di Bukit Bintang.

“Kesemua yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen seperti tiada dokumen perjalanan, tinggal lebih masa serta salah guna pas. Mereka akan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan malam tadi.

Beliau juga mengingatkan semua majikan untuk mematuhi undang-undang dan memastikan pekerja warga asing mereka mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di negara ini.

“Kita akan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa dan fokus kita kepada pihak majikan terutamanya rakyat Malaysia yang melindungi dan menggajikan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Beliau berkata, serbuan malam tadi sertai 55 pegawai Jabatan Imigresen Kuala Lumpur hasil risikan selama dua minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Gosip Tak Normal’ – Hisyam Kecewa Difitnah Kunjungi Rumah Erysha

0
KUALA LUMPUR – Dituduh berkunjung ke rumah pelakon Erysha Emyra, aktor Hisyam Hamid menafikan dakwaan tersebut selain menyifatkan kontroversi atau dakwaan sebegitu sesuatu yang...

CATEGORIES