Wednesday, November 18, 2026
HomeBERITABeruang Matahari 70kg Tidur Bawah Rumah Ketika Hujan

Beruang Matahari 70kg Tidur Bawah Rumah Ketika Hujan

DUNGUN – Seekor beruang matahari jantan seberat kira-kira 70 kilogram (kg) ditangkap selepas ditemukan berkeliaran sebelum berlindung dan tidur di bawah rumah penduduk ketika hujan di Kampung Rantau Abang, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung, berkata pihaknya menerima maklumat daripada penduduk berhubung kehadiran haiwan liar itu pada jam 8.30 malam.

Beliau berkata, enam anggota Pejabat PERHILITAN Dungun digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sebelum mendapati beruang itu masih berada di bawah rumah dalam keadaan sedang tidur.

“Operasi menangkap dan memindahkan haiwan berkenaan kemudian dijalankan sebelum pemeriksaan mendapati beruang itu tidak mengalami sebarang kecederaan serta berada dalam keadaan fizikal yang sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, beruang matahari jantan itu adalah haiwan dewasa dengan anggaran panjang keseluruhan 130 sentimeter.

“Selepas berjaya ditangkap dan diperiksa, haiwan terbabit dilepaskan semula ke habitat hutan,” katanya sambil menambah lokasi kejadian terletak kira-kira dua kilometer dari Hutan Simpan (HS) Jambu Bongkok, di sini.

Beliau berkata, operasi berakhir pada jam 4.30 pagi tadi selepas proses translokasi selesai dilaksanakan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Eurovision Bukan Mencari Orang Yang Paling Bagus Menyanyi – M. Nasir

0
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Datuk M. Nasir berpandangan memiliki vokal yang hebat semata-mata bukanlah jaminan untuk seseorang penyanyi menyerlah dalam pertandingan antarabangsa seperti...

CATEGORIES