Saturday, October 3, 2026
HomeSUKANArsenal mesti 'bersatu' jumpa PSG - Odegaard

Arsenal mesti ‘bersatu’ jumpa PSG – Odegaard

LONDON: Martin Odegaard menggesa Arsenal supaya “bersatu hati” selepas kegagalan mereka akhir-akhir ini ketika mereka berusaha mengatasi ramalan pada pertembungan separuh akhir penentu Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi Khamis ini.

The Gunners menuju ke Parc des Princes berdepan tugas getir untuk mengalahkan juara Perancis itu sekali gus layak ke final Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam sejarah.

Pasukan kendalian Mikel Arteta ketinggalan 1-0 susulan aksi pertama selepas gol kemenangan sumbangan Ousmane Dembele di London utara.

PSG sudah menyingkirkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool pada pusingan 16 terakhir dan Aston Villa pada suku akhir, sebelumnya mengalahkan Manchester City pada peringkat kumpulan.

Arsenal, yang tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara, berada di ambang menjadi mangsa terbaharu PSG dalam kalangan kelab Inggeris musim ini selepas aksi pertama yang hambar yang boleh berakhir dengan kekalahan besar.

 

Pemain Arsenal, Martin Odegaard (kiri) bersaing dengan pemain PSG, Vitinha pada separuh akhir pertama. – Foto fail REUTERS
Pemain Arsenal, Martin Odegaard (kiri) bersaing dengan pemain PSG, Vitinha pada separuh akhir pertama. – Foto fail REUTERS

 

Persiapan mereka bagi aksi kedua di Paris lebih sukar apabila mereka tumpas 2-1 di laman sendiri menentang Bournemouth dalam EPL, Sabtu lalu.

Arteta berkata, Arsenal penuh dengan “berang dan marah” selepas dua kekalahan menyakitkan.

Namun kapten The Gunners, Odegaard berkata mereka boleh menggunakan emosi itu sebagai peniup semangat untuk melakar kemenangan epik ke atas PSG – selagi tidak ada kecaman susulan kemerosotan pada masa yang tidak tepat.

“Kami kecewa sekarang, tetapi kami harus meneruskan kehidupan dan menjadi kuat serta bersatu hati bersedia bagi satu perlawanan besar,” kata Odegaard.

“Ia satu perlawanan besar. Itulah perkara yang bagus. Apabila anda kecewa sekarang dan anda marah serta berasa hampa, anda boleh menggunakan semua emosi itu bagi aksi Rabu ini.

“Kami tahu apa yang perlu dilakukan. Kami perlu bersatu hati dan mencetus tenaga serta bersedia.” – AFP

 

Ousmane Dembele meraikan gol tunggal dan kemenangan PSG di Emirates. – Foto fail REUTERS
Ousmane Dembele meraikan gol tunggal dan kemenangan PSG di Emirates. – Foto fail REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Pasukan Konten DSV Sekadar Bergurau, Kami Belum Bertunang’ – Fazley

0
PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan...

CATEGORIES