Thursday, July 30, 2026
HomeHIBURAN'Peruntukan, Bayaran Pelakon Di India Lebih Mahal' – Irfan Zaini

‘Peruntukan, Bayaran Pelakon Di India Lebih Mahal’ – Irfan Zaini

PETALING JAYA: Pelakon, Irfan Zaini, 31, mendedahkan bayaran pelakon dalam industri perfileman India jauh lebih lumayan berbanding industri perfileman Malaysia.

Jelasnya, hal demikian didorong oleh peruntukan yang besar yang dilaburkan untuk menghasilkan sesebuah filem atau drama.

“Macam saya katakan, peruntukan menghasilkan filem di India jauh lebih besar, lebih kurang RM400 juta jika dibandingkan Malaysia.

“Jadi, tentu sekali bayaran pelakon lebih mahal kerana kita maklum betapa besar bayaran pelakon di sana,” ujarnya selepas pelancaran trailer filem Terbang, semalam

Irfan yang berpeluang muncul dalam filem Jana Nayagan disamping pelakon mega star India, Vijay memakumkan tidak mudah untuk menembusi pasaran India yang sedia sarat dengan kehadiran ramai pelakon.

“Seorang pelakon kerdil seperti saya amat susah untuk tembusi pasaran filem India, untuk mendapatkan satu babak sahaja amat payah.

“Bayangkan betapa bersyukurnya saya apabila diberikan watak dalam filem itu. Itu bukan pencapaian yang kecil,” kongsinya.

Dalam masa yang sama pelakon filem Terbang itu bersyukur kerana berpeluang berkongsi layar dengan idolanya itu dan berjanji akan memegang nasihat Vijay untuk menjadi pelakon berjaya satu masa nanti

“Pengalaman berlakon di India banyak mengajar saya. Apatah lagi berlakon dalam set penggambaran yang cukup besar.

“Tapi, set penggambaran filem Terbang ini tidak kurang hebat. Saya boleh katakan setaraf filem antarabangsa meskipun peruntukan lebih kecil berbanding di India.

“Ini membuktikan filem kita mampu bersaing dan sampai ke tahap international meskipun dengan budget kecil,” ujarnya.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sukan Komanwel: Bintang Sukma Kini Juara Komanwel

0
KEJAYAAN memecahkan lapan rekod kebangsaan di pentas Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menjadi pemangkin semangat buat Muhammad Hafizuddin Roslin menghadiahkan pingat emas kategori 88 kilogram...

CATEGORIES