Saturday, July 4, 2026
HomeHIBURANPasport 10 Tahun Jimat RM50, Ganti Kali Ketiga Boleh Cecah RM1,350

Pasport 10 Tahun Jimat RM50, Ganti Kali Ketiga Boleh Cecah RM1,350

PETALING JAYA – Pilihan Pasport Malaysia Antarabangsa baharu untuk tempoh sah laku 10 tahun dilihat lebih menjimatkan bagi pemohon dewasa berusia 18 hingga 59 tahun apabila kadarnya ditetapkan pada RM350 berbanding RM200 bagi tempoh lima tahun.

Berdasarkan kadar baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Julai, pemohon kategori berkenaan boleh menjimatkan RM50 sekiranya memilih pasport 10 tahun berbanding memperbaharui pasport lima tahun sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, tidak semua kategori pemohon layak menikmati pilihan tempoh sah laku 10 tahun itu termasuk remaja berusia 13 hingga 17 tahun, kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang mengikuti program ijazah sarjana muda di luar negara serta jemaah haji.

Menerusi infografik yang dikongsikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Faceook, kadar fi permohonan baharu bagi individu berusia 18 hingga 59 tahun adalah RM200 untuk tempoh lima tahun dan RM350 bagi 10 tahun.

Menurutnya, bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas pula, kadar fi ditetapkan RM100 bagi tempoh lima tahun manakala RM175 untuk tempoh 10 tahun.

“Untuk kategori kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang mengikuti program ijazah sarjana muda di luar negara serta jemaah haji, mereka hanya layak memohon pasport lima tahun dengan kadar RM100.

“Bagi pemohon orang kurang upaya (OKU), pemegang kad OKU berumur 18 tahun ke bawah layak mendapat pasport lima tahun secara percuma, manakala OKU berumur 18 tahun ke atas pula layak mendapat pasport 10 tahun secara percuma,” katanya.

Dalam masa sama, JIM berkata orang ramai juga perlu mengambil maklum kadar fi penggantian pasport yang berbeza mengikut tempoh sah laku, kategori pemohon serta kekerapan penggantian.

Menurut infografik tersebut bagi pasport lima tahun, fi penggantian untuk kategori 18 hingga 59 tahun serta 13 hingga 17 tahun ialah RM400 bagi kali pertama, RM700 bagi kali kedua dan RM1,200 bagi kali ketiga serta seterusnya.

“Untuk kategori kanak-kanak di bawah 12 tahun, warga emas, pelajar ijazah sarjana muda di luar negara dan jemaah haji pula, fi penggantian pasport lima tahun ditetapkan RM300 bagi kali pertama, RM600 kali kedua dan RM1,100 bagi kali ketiga serta seterusnya.

“Bagi pasport 10 tahun, fi penggantian bagi pemohon berusia 18 hingga 59 tahun ialah RM550 bagi kali pertama, RM850 kali kedua dan RM1,350 bagi kali ketiga serta seterusnya,” menurutnya.

Sementara itu, bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, fi penggantian pasport 10 tahun pula ditetapkan RM375 bagi kali pertama, RM675 kali kedua dan RM1,175 bagi kali ketiga serta seterusnya.

JIM menasihatkan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan bagi memastikan mereka memilih tempoh sah laku dan kategori bayaran yang tepat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tiba-Tiba Diserang Rasa Sunyi, Keseorangan Yang Sangat Dahsyat’

0
PETALING JAYA – Hilang punca, pelakon Kamal Adli mengakui berdepan fasa kesunyian dan kekosongan jiwa yang dahsyat sehingga meminta pandangan orang ramai tentang cara...

CATEGORIES