Thursday, April 23, 2026
HomeHIBURAN'Nak Saman Silakan, Duit Kau Ada, Aku Ada Allah, Kebenaran Memang Pahit'...

‘Nak Saman Silakan, Duit Kau Ada, Aku Ada Allah, Kebenaran Memang Pahit’ – Tareq

Jurulatih kecergasan terkenal, Tareq Fit, akhirnya buka mulut lepas bakal disaman oleh usahawan Ojen Aiwah atas dakwaan fitnah terhadap produk makanan miliknya. Tapi lain macam tenang respon Tareq bila dia siap cakap dia langsung tak gentar dengan tindakan undang-undang tu.

Tareq kata ni semua bukan sebab nak serang sesiapa, tapi cuma nak buka mata orang ramai pasal isu makanan tak sihat yang makin berleluasa sekarang ni.

Dalam satu hantaran di Threads, Tareq luahkan pendiriannya yang cukup tegas bila dia tahu Ojen nak ambil tindakan saman terhadapnya.

Nak saman silakan, hakikat kena sebarkan. SubhanAllah, kau terasa hati kerana hakikat, duit kau ada, aku ada Allah, cukup sangat Alhamdulillah.- Katanya.

Kenyataan itu jelas menunjukkan Tareq langsung tak goyah malah rasa bertanggungjawab untuk terus bersuara demi kesedaran ramai. Niat hanya untuk beri kesedaran tentang pemakanan

Menurut Tareq, video yang dia muat naik sebelum ni bukan bertujuan untuk cari pasal atau jatuhkan sesiapa, sebaliknya lebih kepada mendidik masyarakat.

Beliau tekankan pentingnya kita semua lebih cakna terhadap pemakanan, terutama yang melibatkan topping berlebihan yang kurang sihat.

Tareq juga menafikan dia ada masalah peribadi dengan Ojen atau mana-mana jenama yang terlibat. Katanya, apa yang dilakukan selama ni hanya untuk kebaikan semua pihak.

Ojen tetap teruskan tindakan undang-undang

Didik masyarakat untuk kurangkan makanan yang banyak topping tidak sihat, jadi salah. Perkara benar memang pahit. Aku tidak bermusuh kau atau jenama kau, aku didik masyarakat menjadi sihat.- Katanya.

Sebelum ini, Ojen Aiwah maklumkan yang dia sudah ambil langkah undang-undang terhadap Tareq kerana mendakwa kandungan yang dimuat naik oleh jurulatih itu menfitnah produknya hingga boleh jejaskan reputasi perniagaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Saya Saman, Dia Tiada Duit Nak Bayar’ – Zarina Zainuddin

0
KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pekerjanya yang membuat pelbagai dakwaan mengaibkan terhadap dirinya dalam media...

CATEGORIES