Thursday, August 27, 2026
HomeSUKANHatrik Kylian Mbappe Bantu Madrid Belasah Sociedad

Hatrik Kylian Mbappe Bantu Madrid Belasah Sociedad

MADRID – Dalam aksi La Liga, Kylian Mbappe tampil dengan persembahan memukau apabila meledak hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Real Sociedad 4-1, sekali gus menghadiahkan Jose Mourinho kemenangan bergaya di laman sendiri selepas kembali mengendalikan kelab itu.

Kylian Mbappe tampil dengan persembahan memukau apabila meledak hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Real Sociedad 4-1 dalam aksi La Liga, sekali gus menghadiahkan Jose Mourinho kemenangan bergaya di laman sendiri selepas kembali mengendalikan kelab itu.

Mourinho menyaksikan anak buahnya mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Espanyol 2-1 pada aksi pertamanya, Sabtu lalu.

Vinicius Junior turut mencetak nama selaku penjaring manakala Jude Bellingham menyumbang dua bantuan gol ketika trio bintang Madrid itu mengucar-ngacirkan pertahanan Sociedad.

Mourinho mengekalkan kesebelasan utama yang menewaskan Espanyol dan keputusan itu membuahkan hasil apabila Madrid tampil lebih meyakinkan berbanding aksi pembukaan musim.

Pengendali veteran Portugal itu sebelum ini mengakui bukan mudah untuk memastikan Mbappe, Vinicius dan Bellingham berada pada tahap terbaik secara serentak, namun aksi berkenaan menunjukkan dirinya berada di landasan tepat.

“Pemain ini luar biasa,” kata Mourinho mengenai Mbappe sambil memuji persembahan keseluruhan pasukannya.

Madrid dan Sociedad mempamerkan permainan terbuka pada awal perlawanan dengan Vinicius dan Mbappe masing-masing menguji pertahanan lawan.

Lima minit sebelum rehat, Madrid memecah kebuntuan apabila Federico Valverde menghantar bola kepada Mbappe yang melakukan sentuhan bijak sebelum meledak rembatan ke penjuru atas gawang.

Jaringan itu adalah gol pertama Mbappe dalam kempen La Liga musim ini selepas muncul penjaring terbanyak pertandingan berkenaan dalam dua musim terakhir.

Namun, Sociedad menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Luka Sucic yang menyudahkan peluang selepas percubaan Job Ochieng disekat dan bola muntah jatuh kepadanya.

Madrid kemudian memperkemaskan tekanan pada babak kedua dan Mbappe sekali lagi menemui sasaran selepas menerima hantaran daripada Bellingham untuk meletakkan tuan rumah kembali di depan.

Vinicius kemudian menggandakan kelebihan Madrid apabila menyudahkan hantaran Bellingham sebelum pemain Brazil itu bertukar peranan sebagai pembantu jaringan untuk gol ketiga Mbappe.

Mbappe melengkapkan hatrik menerusi penyudah tenang untuk memastikan Madrid mencatat kemenangan 4-1 dan meneruskan permulaan sempurna Mourinho di pentas La Liga.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dua-Dua Gusti Putri Sama Hebat, Dinamik Mereka Berbeza’ – Aqasha

0
PETALING JAYA – Aktor Aqasha menyifatkan dua pelakon iaitu Mila Mohsin dan Aisha Retno yang menjayakan watak Gusti Putri dalam pementasan teater muzikal Puteri...

CATEGORIES