Sunday, July 26, 2026
HomeHIBURANMimi Lana Minta Semua Orang Doa Dapat Anak Kembar

Mimi Lana Minta Semua Orang Doa Dapat Anak Kembar

PETALING JAYA – Pelakon popular, Mimi Lana memasang impian untuk memiliki anak kembar bersama suami tersayang, Syafiq Kyle.

Menerusi hantaran  dalam Threads, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abiding, 30, memohon agar pengikutnya mendoakan dia mendapat bayi kembar.

“Boleh tak nak minta semua orang doakan saya dapat baby twins (bayi kembar). Orang cakap kalau ramai doakan senang termakbul,” tulisnya.

Hantaran tersebut telah mendapat respons daripada ribuan netizen dan beratus-ratus doa telah diutuskan kepadanya.

“Amin. Semoga Mimi dan Syafiq dikurniakan sepasang anak kembar yang comel, kacak dan cantik seperti ibu dan bapa mereka,” komen netizen.

Terharu dengan doa-doa tersebut, pelakon drama Andai Tiada Dia itu mengucapkan ribuan terima kasih atas doa peminat dan tips mendapat anak kembar.

“Terima kasih semua untuk nasihat yang baik dan tips untuk dapat bayi kembar. Gembiranya saya. Tolong kongsi banyak lagi.

“Semoga segala doa yang baik berpatah balik untuk anda semua. Semoga kita sentiasa diberikan rezeki yang luas, diberikan nikmat bersyukur dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Sayang semua,” tulisnya.

Untuk rekod Mimi dan Syafiq bernikah pada 14 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Taiping, Perak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES