Friday, June 5, 2026
HomeHIBURANKelibat Kaka Azraff Di Mahkamah Cetus Spekulasi, Cerai kKali Kedua?

Kelibat Kaka Azraff Di Mahkamah Cetus Spekulasi, Cerai kKali Kedua?

PETALING JAYA: Penyanyi, Kaka Azraf, dikatakan sudah bercerai kali kedua bersama suaminya, Adam Azriff, semalam.

Kaka atau Nor Atiqa binti Noor Azraff, 37, dilihat hadir Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi prosiding pengesahan lafaz talak sekitar 9 pagi.

Menurut sumber Kosmo, penyanyi Gila itu memakai baju kurung berwarna krim ditemani peguam ketika hadir ke kamar mahkamah.

“Manakala suaminya pula seperti hadir bersendirian. Dia pakai kurta hijau lengkap dengan bersongkok duduk di dalam kamar sementara menunggu kes mereka dipanggil sejam kemudian.

“Apa yang saya dengar, Kaka merupakan plaintif dan suaminya defendan. Selepas kedua-duanya tampil memberikan keterangan, hakim sahkan perceraian kali kedua mereka,” katanya.

Kakak dan Adam bagaimanapun dilihat meninggalkan mahkamah dalam keadaan tenang selepas prosiding.

Terdahulu, Kaka pernah bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum kembali rujuk pada awal 2025z

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 7, Aryan, 5, dan Atta Adam, dua tahun.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kalau Namanya Pinjaman, Bermakna Wajib Bayar – Asyraf Wajdi

0
PETALING JAYA – “Maaf, ya! Ada yang pertikai Mara (Majlis Amanah Rakyat) bawa isu peminjam culas ke mahkamah. Kalau namanya pinjaman, bermakna wajib bayar”. Itu...

CATEGORIES