Tuesday, November 17, 2026
HomeHIBURANFatin Afeefa Nekad Tinggalkan Lakonan, Hormati Permintaan Suami

Fatin Afeefa Nekad Tinggalkan Lakonan, Hormati Permintaan Suami

KUALA LUMPUR – Biarpun masih menerima tawaran, pelakon Fatin Afeefa tetap dengan pendiriannya untuk bersara daripada dunia lakonan dan tidak bercadang kembali ke layar perak.

Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, berkata, keputusan meninggalkan kerjaya lakonan dibuat selepas mendirikan rumah tangga dan pendirian itu kekal sehingga kini.

Malah, pelakon yang mula menceburi bidang seni sejak berusia lapan tahun itu menganggap filem Bisikan arahan Opie Zami sebagai naskhah terakhirnya selepas menjalani penggambaran pada 2020.

“Saya sudah lama berhenti berlakon. Kali terakhir menjalani penggambaran adalah pada 2020 menerusi filem Bisikan. Saya berhenti selepas berkahwin dan rasanya pernah mengumumkan perkara itu ketika bertunang.

“Saya memang tidak mahu berlakon lagi. Filem Bisikan adalah yang terakhir. Sebenarnya, saya pun sudah terlupa mengenai filem ini. Apabila pihak produksi menghubungi untuk tujuan promosi, saya terkejut kerana menyangka filem ini tidak akan ditayangkan.

“Saya memang bersara sepenuhnya. Masih ramai pelakon baharu yang boleh diberikan peluang. Saya juga menghormati permintaan suami dan memandangkan pernah timbul fitnah ketika saya berlakon, lebih baik saya tidak meneruskan kerjaya ini,” katanya.

Fatin berkata demikian ketika ditemui pada tayangan filem Bisikan di Empire City, di sini, baru-baru ini.

Mengulas sama ada merindui dunia lakonan, Fatin berkata, dia tidak berasa kehilangan kerana sudah terlalu lama mengabdikan diri dalam bidang seni dan kini mahu memberikan lebih perhatian kepada keluarga.

Katanya, selepas membesar dalam persekitaran seni sejak kecil, dia berasakan sudah tiba masanya untuk menikmati kehidupan di luar tuntutan kerjaya sebagai anak seni.

“Saya tidak rindu kerana sudah mula berlakon sejak berusia lapan tahun. Jadi, untuk kembali berlakon, saya rasa penat dan mahu melakukan perkara lain pula.

“Seluruh kehidupan saya sebelum ini berkisar mengenai lakonan, kerja dan nyanyian. Saya sudah sampai ke satu tahap mahu duduk di rumah, menonton televisyen serta membawa anak berjalan-jalan dan bermain.

“Saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang kerana dapat melihat anak membesar di depan mata. Itu pengalaman yang menyeronokkan,” katanya.

Mengakui masih menerima tawaran lakonan, Fatin berkata, dia memilih untuk menolak secara baik tanpa menjejaskan hubungan dengan mana-mana pihak produksi.

Katanya, keputusan itu turut didorong rasa hormat terhadap permintaan suami yang sebelum ini memintanya mengurangkan aktiviti seni, termasuk lakonan dan nyanyian.

“Saya tolak dengan baik dan apabila memberitahu suami tidak mengizinkan, mereka memahami. Saya sudah membuat keputusan dan tidak mahu menarik balik pendirian itu.

“Sebenarnya, suami hanya meminta saya memperlahankan aktiviti seni, termasuk menyanyi dan berlakon. Dia berpendapat tidak elok jika saya terlalu aktif dalam bidang itu.

“Jadi, saya beritahu dia lebih baik saya berhenti terus. Saya pun seronok apabila tidak perlu melakukan apa-apa berkaitan lakonan.

“Suami kata tidak mengapa, duduk sahaja di rumah dan buat apa yang saya suka, asalkan tidak perlu berlakon atau menyanyi,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isi Minyak Guna Suara Pelbagai Bahasa Pertama Di Malaysia

0
Aplikasi mobiliti tempatan, Setel memperkenalkan Voice Fuelling iaitu ciri berkuasa AI yang membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak hanya dengan menggunakan arahan suara. Kini dalam fasa...

CATEGORIES