Thursday, July 9, 2026
HomeHIBURANFarah Deluna Terkilan Dituduh Jadi Punca Akaun IG Jenama Tudung Dinyahaktifkan

Farah Deluna Terkilan Dituduh Jadi Punca Akaun IG Jenama Tudung Dinyahaktifkan

Pempengaruh media sosial, Farah Deluna tampil memberi penjelasan bagi membersihkan namanya yang terpalit selepas didakwa menjadi punca akaun Instagram sebuah jenama tudung dinyahaktifkan.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, dia sentiasa mahu menjaga hubungan baik dengan semua pihak namun terpaksa bersuara bagi menjernihkan keadaan.

“Sepanjang saya terlibat dalam industri media sosial, saya sentiasa cuba sebaik mungkin untuk menjaga hubungan baik dengan mana-mana pihak.

“Jika timbul sebarang isu, pendekatan utama saya adalah untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka demi menjaga keharmonian dan tidak mengeruhkan keadaan.

“Namun, saya perlu tampil bersuara demi membersihkan nama saya dan menjernihkan keadaan susulan kenyataan daripada founder berkenaan di platform Threads mengenai isu penutupan kekal akaun perniagaan mereka,” kongsinya.

Farah turut memuat naik bukti memperlihatkan paparan skrin data akaun Instagram miliknya yang menunjukkan ‘report history’ dari tahun 2023 sehingga Julai 2026.

Dalam pada itu, Farah menegaskan biarpun namanya tidak disebut secara trangan di hantaran tersebut namun terdapat pihak yang membuat spekulasi dan memetik dirinya.

“Walaupun nama saya tidak DISEBUT secara terang terangan di dalam hantaran tersebut, saya dapati di ruangan komen sudah ada pihak yang membuat spekulasi serta menyebut nama saya.

“Di dalam perundangan sivil, ini boleh diklasifikasikan sebagai Innuendo-iaitu situasi di mana seseorang tidak menyebut nama secara terus, tetapi memberikan petunjuk atau bayangan yang jelas merujuk kepada individu tertentu.

“Apabila bayangan tersebut menjatuhkan maruah atau reputasi, ia sudah cukup untuk menjadi asas kepada tuntutan,” katanya lagi.

Farah juga menegaskan dia tidak akan sesekali mengkhianati atau menganiaya mana-mana pihak terutama rakan industri yang mencari rezeki bersama-sama.

“Saya tidak tergamak dan sekejam itu untuk menutup periuk nasi orang lain demi kepentingan sendiri. Saya sentiasa percaya, sekecil-kecil perbuatan kita sama ada baik atau buruk pasti akan ada pembalasan dan bahagiannya masing-masing di sisi Allah SWT.

“Sepanjang saya bekerja dengan Moonandstella, saya cuba untuk bagi yang terbaik dan harap diterima baik oleh mana mana pihak. Saya sangat sangat kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Farah juga berharap semua yang membaca kenyataan itu dapat melihat dari sudut positif dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku selain menghentikan salah faham serta penyebaran spekulasi tanpa bukti sahih.

Sumber – Threads

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gardenia Dan UiTM Meterai Kerjasama Strategik Melalui Program Apprenticeship 2026 Bagi...

0
Shah Alam, 8 Julai 2026 – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., jenama roti kegemaran rakyat Malaysia, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti...

CATEGORIES