Wednesday, June 24, 2026
HomeHIBURANDedah Aib Isteri, Baim Wong Akui Gagal Sebagai Suami

Dedah Aib Isteri, Baim Wong Akui Gagal Sebagai Suami

Kesal terlanjur kata, pelakon Baim Wong mengakui kekhilafan diri mendedahkan aib isterinya, Paula Verhoeven yang mencetuskan kecaman ramai.

Aktor berusia 43 tahun itu berkata, keterbukaan memperincikan punca memfailkan permohonan perceraian akibat kecurangan wanita terbabit adalah bagi membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.

“Salahkan sahaja diri saya yang mungkin gagal sebagai suami.

“Sekarang ini saya fokus menenangkan diri. Terlalu banyak kejadian yang berlaku sehingga merasakan saya di pihak benar, namun menjadi perbahasan ramai,” katanya

Pada 7 Oktober lalu Baim memfailkan cerai terhadap Paula dan sehari kemudian mengadakan sidang media bagi memperincikan apa yang berlaku.

Begitupun, ketika Baim mengakui keterlanjurannya, peguamnya Fahmi Bachmid pula mendakwa anak guamnya itu tertawa apabila Paula tidak mengaku berselingkuh.

Terkini, netizen menempelak sikap bapa dua anak itu yang dilihat tidak ‘gentleman’ kerana sengaja mengaibkan wanita yang masih berstatus isterinya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Pernah Meletakkan Noktah Terhadap Lakonan’ – Lisa Surihani

0
MELIHAT kehidupan figura bernama Datin Lisa Surihani ketika ini, pasti ramai mula beranggapan kerjayanya sebagai pelakon sudah dinoktahkan. Jika skeptikal sebegitu yang ada dalam dalam...

CATEGORIES