Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURANBerambut ‘Blond’, Siti Saleha Kongsi Gambar Anak Sulung

Berambut ‘Blond’, Siti Saleha Kongsi Gambar Anak Sulung

PETALING JAYA – Lebih sebulan menjalani kehidupan sebagai ibu, pelakon Siti Saleha akhirnya terbuka memperkenalkan wajah anak sulungnya, Indra Mateen Fitton kepada umum.

Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 36, memuat naik beberapa keping gambar sesi fotografi bersama suami serta permata hati mereka yang dipanggil Indy.

“Assalamualaikum. Indra mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.

“Tapi Indy tak puasa tau,” tulisnya dalam ruangan kapsyen dalam Instagram.

Menerusi paparan tersebut, ramai meninggalkan komen memuji kecomelan bayi terbabit dengan rata-rata mengatakan wajah Indra persis anak ‘mat salleh’.

“Kacaknya baby Indra. Tahniah,” kata pelakon Fasha Sandha.

Indy berambut perang dan berkulit putih kemerah-merahan, perkara itu bukan sesuatu yang menghairankan memandangkan Saleha dan suaminya, Joshua Fitton, berdarah campuran Inggeris.

Terdahulu, Siti Saleha mengahwini Joshua juga pereka fesyen pada 15 Februari 2025 dan berkongsi berita kelahiran cahaya mata  mereka itu pada 13 Januari lalu yang dilahirkan pada 3 Januari .

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES