Thursday, June 25, 2026
HomeLUAR NEGARA50,000 Penduduk Palestin Solat Tarawih Di Masjid Al-Aqsa

50,000 Penduduk Palestin Solat Tarawih Di Masjid Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS – Kira-kira 50,000 jemaah Palestin menunaikan solat Isyak dan tarawih semalam di Masjid Al-Aqsa di  bandar bertembok Baitulmuqaddis  Timur yang diduduki tentera Israel, lapor laman berita Arab News.

Orang ramai berkumpul walaupun terdapat sekatan jalan oleh tentera Israel dan pemeriksaan identiti  ketat di pintu pagar masjid,  demikian menurut Gabenor Baitulmuqaddis.

Rakyat Palestin sedang menyambut bulan suci Islam yang bermula Rabu lalu, di tengah-tengah ketegangan semakin  memuncak di Tebing Barat  termasuk serangan oleh peneroka haram Yahudi dan serbuan serta penangkapan oleh tentera Israel.

Lebih 300 penduduk Baitulmuqaddis baru-baru ini menerima arahan Israel yang melarang kemasukan mereka ke Al-Aqsa semasa Ramadan, lapor agensi berita Wafa.

Tentera Israel meningkatkan kehadirannya di Baitulmuqaddis dan menyekat akses ke masjid melainkan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, lelaki melebihi 55 tahun dan wanita melebihi umur 50 tahun.

Sejak Rabu lalu, beribu-ribu rakyat Palestin beratur untuk melalui sekatan jalan tentera, termasuk di Qalandiya dan Baitul Laham dengan harapan untuk menunaikan solat tarawih  di masjid Al-Aqsa.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES