Tuesday, September 1, 2026
HomeHIBURANBekas Madu Rai Hari Jadi Izreen Azminda

Bekas Madu Rai Hari Jadi Izreen Azminda

KUALA LUMPUR – Pelakon Izreen Azminda yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-41 menerima kejutan istimewa daripada bekas madunya , Intan Liana Salleh yang diakuinya sangat bermakna buatnya.

Muatnaik fotonya bersama Intan dan dua anak tiri, Arish Muqri dan Ariq Muqri di Instagram (IG) yang berkunjung ke rumahnya untuk menghantar hadiah hari jadi berkenaan.

“Alaaa menci la bila ada yang lebih sweet dari kita. Tq (Thank you) Intan sayang.. Arish & Ariq…tak lupa juga buat Aizam dan anak-anak.

“Terkejut kito, awok-awok semua datang hantar kopi dan hadiah.. tersedak kakak yang tengah melantak bihun goreng masa tu.

“Tq, tq, tq (Thank you, thank you, thank you) taw.. nangis tepi bucu laaa @intan.salleh,” tulis Izreen pada hantarannya berserta emoji menangis, terharu dan gembira.

Pada Instagram Story (IGs) pula, Izreen terbuka berkongsi ucapan hari jadi ditulis Intan kepadanya yang begitu berkesan di hati sesiapa membacanya.

“Happy Birthday! Perjalanan kita bermula dengan yang tidak baik tapi berakhir dengan yang baik. Terima kasih mengajar erti kuat, erti maaf.

“Semoga hari baru Izreen dipenuhi rezeki, kesihatan dan gelak tawa. Selamat ulang tahun,” ucap Intan dengan ingatan tulus ikhlas.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan hubungan baik dan positif antara Izreen dan Intan selepas mereka sepakat berdamai secara baik.

“Bukan mudah, tapi kalian hebat.. semoga terus bahagia,” komen warganet.

“Kita suka tengok semua ini. Moga silaturrahim ini hingga syurga,” ujar pengguna media sosial.

“Biar macam ini sampai bila-bila. Lagi Allah murahkan rezeki kalian berdua dan keluarga,” kata netizen.

Sebelum ini, hubungan Izreen dan Intan pernah ‘panas’ di media sosial dengan konflik peribadi hingga mereka saling mengambil tindakan undang-undang ke mahkamah.

Pada 5 Mei lalu, mereka berdua bagaimanapun akhirnya memilih mahu berdamai dengan menyelesaikan segala permasalahan secara bermaaf-maafan.

Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017, yang ketika itu masih suami Intan.

Ude dan Intan berkahwin pada Mac 2013 dan sah bercerai pada 22 Mac 2018 serta mereka dikurniakan dua anak lelaki.

Intan kemudian berkahwin dengan lelaki pilihan, Aizam Yahya pada 20 Disember 2021 dan kini mereka memiliki dua cahaya mata.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Anak Angkat Rizalman Ibrahim Stabil, Cedera Hati Dalam Kemalangan Digilis Lori

0
KUALA LUMPUR - Anak angkat pereka fesyen terkenal , Datuk Rizalman Ibrahim , Umar Nail 27, mula menunjukkan tindak balas positif selepas menjalani rawatan di...

CATEGORIES