Tuesday, September 1, 2026
HomeHIBURANRopie Pitam Akibat Cuaca Panas Ketika Menghadiri Acara Di Shah Alam

Ropie Pitam Akibat Cuaca Panas Ketika Menghadiri Acara Di Shah Alam

KUALA LUMPUR – Cuaca panas terik dipercayai menjadi punca pelawak dan pelakon , Ropie Cecupak 59,tiba-tiba pitam ketika menghadiri sebuah acara di Shah Alam Selangor , baru baru ini.

Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin, berkata suhu ketika itu dipercayai mencecah kira-kira 41 darjah selsius, selain dia turut terlanggar batu berhampiran khemah di lokasi berkenaan.

“Sekejap saja saya pitam. Panas sangat rasanya. Sebelum itu, kalau tidak silap saya, suhu ketika itu 41 darjah selsius.

“Saya terlanggar batu dekat khemah. Batu itu besar juga, tetapi saya tidak nampak. Ia seperti digunakan untuk menahan sesuatu.

“Apabila terlanggar, lutut saya terkena batu itu. Memang sakit sangat. Jadi, saya duduk di situ untuk berehat sebab rasa macam kepala berpusing, tetapi saya masih boleh berjalan,” katanya.

Ropie berkata, ketika sedang berehat, dia didatangi pelakon, Jasper Supayah, sebelum menerima rawatan daripada pasukan perubatan yang berada di lokasi.

“Selepas sedar, saya muntah air yang rasa pahit. Kemudian, petugas medik datang dan beri suntikan. Kalau tidak silap saya, ubat tahan muntah dan ubat untuk menghilangkan pening.

“Selepas itu, saya bangun, berdiri dan sudah tidak pening. Jadi, saya sambung semula penggambaran,” katanya.

Menurut Ropie, keadaannya kini semakin baik dan dia kembali bekerja seperti biasa, termasuk menghadiri sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2026 serta ke Batu Pahat, Johor, pada keesokan harinya bagi menjayakan acara.

“Alhamdulillah, sekarang sudah okay dan semakin baik. Setakat ini, tiada apa-apa yang serius. Saya tidak ada masalah kesihatan.

“Sebelum ini pun saya jalani penggambaran selama seminggu dalam cuaca panas dan tidak mengalami masalah.

“Cuma mungkin kita kena lebih bersedia apabila sudah tahu keadaan cuaca seperti itu. Kita boleh buat persiapan, tetapi kalau benda hendak berlaku, tetap berlaku,” katanya.

Terdahulu, Ropie dilaporkan jatuh dan pengsan secara tiba-tiba, dipercayai berpunca daripada strok haba. Perkara itu dikongsikan pelakon dan pelawak, Zalif Sidek menerusi hantaran di Instagram (IG), beberapa hari lalu.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli Dilantik Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Amanah...

0
KUALA LUMPUR, 1 September 2026 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat...

CATEGORIES