Monday, September 21, 2026
HomeHIBURANAsingkan Diri Dalam Bilik, Sky Disaran Jumpa Pakar Psikiatri

Asingkan Diri Dalam Bilik, Sky Disaran Jumpa Pakar Psikiatri

PETALING JAYA – Tampak murung selepas pemergian ibu, netizen menyarankan usahawan selebriti Abd. Ridzuan Abdul Mutalib atau dikenali sebagai Ridzokumura membawa anak tunggalnya, Sky bertemu pakar psikiatri.

Perkara tersebut diusulkan selepas melihat video dikongsikan lelaki terbabit yang menunjukkan remaja berusia 13 tahun itu mengasingkan diri di dalam bilik dan baring dalam keadaan posisi menggulungkan badan.

“Cara Sky baring seperti posisi bayi dalam kandungan merupakan tanda amaran. Dia dalam keadaan tertekan serta sarat kesakitan.

“Lebih baik sekiranya Sky dirujukkan kepada pakar psikologi atau psikiatri untuk pemeriksaan lanjut,” tulis netizen dalam video dikongsikan dalam TikTok

Sebelum itu Ridzuan memuat naik hantaran berupa video persediaan menunggu waktu berbuka puasa bersama pekerja di premis perniagaannya.

Namun menyedari kelibat Sky tidak kelihatan, Ridzuan mencari puteranya hingga ke bilik belakang dan menemui puteranya terbaring di sofa.

“Sky ada di dalam,” ujar seorang kakitangan kedai bunga miliknya di Subang Jaya.

Paparan video tersebut mencetuskan kebimbangan ramai terhadap emosi seorang anak yang kehilangan ibunya, Akiko Okumura, 51.

“Cara dia peluk begitupun mesti dalam ketakutan. Sky perlukan pelukan ibunya,” kata seorang pengguna media sosial.

Akiko, 51, meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari lalu tanpa dinyatakan punca ketika itu.

Beberapa hari kemudian polis mengesahkan arwah adalah wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium seperti dilaporkan media sebelum itu.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, perkahwinan Ridzuan dan Akiko pada 2009 dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sky Taizo Okumura.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES