Monday, September 21, 2026
HomeBERITASemua Sekolah Di Lubok Antu, Kanowit Ditutup Hari ini

Semua Sekolah Di Lubok Antu, Kanowit Ditutup Hari ini

KUCHING – Semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu dan PPD Kanowit ditutup sementara berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan setakat 9 pagi hari ini, berada pada tahap tidak sihat.

Sehubungan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan.

Ini berdasarkan peruntukan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 8 Tahun 2016 mengenai Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016.

Bagi sekolah yang terletak berhampiran daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200, guru besar dan pengetua boleh mempertimbangkan pelaksanaan PdPR dengan mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid.

JPN Sarawak berkata, sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan penurunan kepada bawah 200, guru besar dan pengetua boleh mengambil tindakan bagi membuat persediaan pembukaan semula sekolah.

“Pihak sekolah diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Rujuk kepada Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019 mengenai Langkah-Langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid di Sekolah-Sekolah yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu yang Dianggap Kritikal bertarikh 15 Januari 2019,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPN Sarawak dinasihatkan sentiasa mematuhi garis panduan pelaksanaan aktiviti luar institusi pendidikan ketika cuaca panas seperti terkandung dalam Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2023 bertarikh 6 Jun 2023.

Institusi pendidikan juga perlu peka dengan perkembangan semasa dengan merujuk Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS)bagi memantau tahap IPU di kawasan atau daerah masing-masing serta mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.

“JPN Sarawak amat mengambil berat tentang kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terima Kasih Gelakkan Saya, Kata Saya Cakap Besar’ – Evertts Gomes

0
MASIH hijau di lapangan seni, Evertts Gomes kini semakin kukuh membina momentum tersendiri. Bagi pemilik nama lengkap Evertts McClane Gomes itu, perjalanan seni yang baru...

CATEGORIES