Monday, October 12, 2026
HomeHIBURANAmbil Kira Keadaan Jerebu, Spideraya Tukar Lokasi Konsert

Ambil Kira Keadaan Jerebu, Spideraya Tukar Lokasi Konsert

Pihak penganjur Konsert Spideraya, B7 Resources Sdn Bhd mengumumkan pertukaran lokasi penganjuran konsert dari Stadium Hoki Bukit Jalil ke IDEALIVE Arena.

Ia berikutan mengambil kira keadaan pencemaran udara, ketidakstabilan cuaca serta situasi jerebu semasa.

Keputusan ini juga dibuat untuk keselesaan para penonton, artis, kru produksi serta semua pihak yang terlibat, khususnya memandangkan Stadium Hoki Bukit Jalil merupakan lokasi yang melibatkan aktiviti di kawasan terbuka.

Tarikh dan waktu konsert kekal seperti yang telah diumumkan dan tidak mengalami sebarang perubahan. Semua kategori tiket yang telah dibeli juga masih sah dan dikekalkan.

Pihak penganjur memaklumkan bahawa keputusan menukar venue pada saat akhir bukanlah sesuatu yang dibuat dengan mudah.

Namun, setelah menilai keadaan semasa, langkah tersebut dilihat sebagai pilihan yang lebih wajar bagi memastikan pengalaman konsert dapat diteruskan dalam persekitaran yang lebih selesa untuk semua.

“Kami memahami bahawa pertukaran venue pada saat akhir mungkin menimbulkan sedikit kesulitan kepada para peminat yang telah membuat perancangan lebih awal. Kami amat kesal atas perkara tersebut dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

“Bagaimanapun, keadaan semasa memerlukan kami mengambil langkah yang sewajarnya. Keutamaan kami adalah memastikan para peminat dapat terus menikmati Konsert Spideraya dalam keadaan yang lebih selesa, di samping mengurangkan aktiviti di kawasan terbuka sepanjang keadaan jerebu ini,” kata pihak Khairul Afizi (Khai) wakil  B7 Resources Sdh Bhd.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua peminat Spideraya atas kesabaran, pemahaman dan sokongan yang diberikan berhubung perubahan ini.

Para pemegang tiket dinasihatkan untuk mengambil maklum mengenai lokasi baharu dan mengikuti saluran rasmi penganjur bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan akses ke IDEALIVE Arena, pintu masuk, waktu pendaftaran, tempat letak kenderaan serta maklumat lain berkaitan konsert.

MAKLUMAT PENTING

Venue asal: Stadium Hoki Bukit Jalil

Venue baharu: IDEALIVE Arena

Tarikh: Kekal / Tiada perubahan

Masa: Kekal / Tiada perubahan

Tiket: Semua kategori tiket sedia ada masih dikekalkan

Pihak penganjur sekali lagi memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat atas kerjasama serta pengertian yang diberikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Man City Akan Terus Bersatu Hadapi Cabaran – Erling Haaland

0
LIVERPOOL – Penyerang Manchester City, Erling Haaland menegaskan skuadnya akan terus bersatu selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Liverpool yang beraksi dengan 10 pemain,...

CATEGORIES