Friday, September 18, 2026
HomeBERITAUMNO Buat Kutipan Bantu Najib Bayar Denda RM50 Juta

UMNO Buat Kutipan Bantu Najib Bayar Denda RM50 Juta

PETALING JAYA – UMNO mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan Tabung Sumbangan bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan terhadapnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela melalui satu inisiatif yang akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau turut merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

“Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga, serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa.

“Pendirian UMNO sejak awal adalah untuk membawa permohonan ini dengan penuh tertib dan rendah hati, melalui saluran yang ditetapkan. Penghormatan kepada institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, seluruh ahli UMNO juga diseru agar menyambut perkembangan ini dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati segala proses yang ditetapkan.

“Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan kepada Tuanku serta memelihara keamanan dan keharmonian negara,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

NASA Temukan Kawah Besar Baharu Di Bulan

0
WASHINGTON: Seorang penyelidik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemukan kawah besar yang baru terbentuk di bulan, menurut saintis. Ia merupakan satu kejadian jarang...

CATEGORIES