Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITASetiap Nyawa Rakyat Malaysia Amat Berharga – PM

Setiap Nyawa Rakyat Malaysia Amat Berharga – PM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, setiap nyawa rakyat Malaysia amat berharga dan Kerajaan Madani kini sedang memantau perkembangan semasa susulan pergolakan yang memuncak di Asia Barat.

Anwar menerusi satu hantaran di Facebook berkata, kerajaan mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan perlindungan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terjamin.

“Setiap nyawa rakyat Malaysia amat berharga bagi saya, dan Kerajaan Madani sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa serta mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan perlindungan dan kebajikan mereka sentiasa terjamin.

“Kepada Allah SWT kita berserah, semoga mereka sentiasa dilindungi, dipermudahkan urusan dan dipelihara daripada segala bahaya. Hasbunallahu wa ni‘mal wakil,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Luar Malaysia menerusi kedutaan di negara terlibat telah diberikan mandat penuh untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

Terdahulu, situasi keselamatan di rantau Asia Barat dilaporkan semakin tegang, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan warga asing termasuk rakyat Malaysia yang berada di kawasan terlibat.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES