Sarung Tangan Kuning Untuk Cuci, Bukan Gaul Makanan – KKM

0
272
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai bagi pengendalian makanan.

Menurut kenyataan KKM di laman X, sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

Jelasnya, silang sarung tangan mestilah diguna pakai sekali sahaja.

“Selain itu, Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) ada ditawarkan oleh KKM untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan.

“Justeru, logo pensijilan boleh dipaparkan oleh pihak industri pada produk yang dipersijilkan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu video di laman X memaparkan seorang peniaga memakai sarung tangan kuning ketika menggaul air asam siam sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai ⁠- KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here