Saturday, July 25, 2026
HomeBERITAPemilik Cari Untung Sewakan Rumah PPR Berdepan Tindakan Tegas

Pemilik Cari Untung Sewakan Rumah PPR Berdepan Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu melaksanakan bancian bagi mengatasi kegiatan pemilik rumah perumahan awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bertindak menyewakan rumah mereka kepada pihak lain bagi mendapatkan keuntungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, bancian secara berkala perlu dibuat untuk memastikan rumah yang disediakan oleh PBT benar-benar diberikan kepada mereka yang mahu sama ada menyewa atau memiliki.

“Jikalau kita dapati penyewa itu memberikan sewaan kepada orang lain, kita akan mengambil tindakan tegas kepada penyewa itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) mengenai rumah mampu milik yang disediakan disalahgunakan bagi mendapatkan keuntungan.

Dalam pada itu, Zaliha memaklumkan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mensasarkan pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun mulai 2018 hingga 2028 menerusi Program Residensi Wilayah dan Residensi MADANI.

“Sehingga 31 Januari 2025, sebanyak 72,864 unit melibatkan 101 projek perumahan mampu milik di
Wilayah Persekutuan merangkumi projek yang telah siap, dalam pembinaan dan telah mendapat Perintah Pembangunan atau Development Order (DO) telah disediakan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES