Thursday, March 12, 2026
HomeBERITAPelajar Sekolah Maut, Motosikal Gagal Memotong

Pelajar Sekolah Maut, Motosikal Gagal Memotong

MELAKA – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tambak Paya-Ayer Molek di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Muhammad Faiz Amran, 17, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC sedang dalam perjalanan dari arah Tambak Paya menuju ke arah Ayer Molek.

“Setiba di lokasi, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

“Impak pelanggaran tersebut menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, pemandu kereta lelaki berusia 46 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Ujarnya lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

“Hasil siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus dua lorong manakala keadaan cuaca adalah baik, cerah dan kering.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES