Tuesday, September 22, 2026
HomeLUAR NEGARARakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi tadi, lapor agensi berita Korea JoongAng Daily.

Pihak polis juga telah menahan seorang lelaki yang juga rakyat Malaysia berusia 40-an bagi membantu siasatan atas pertuduhan membunuh dan beberapa kesalahan lain.

Suspek dituduh menikam mangsa yang berusia 20-an sehingga mati dengan sebilah pisau di sebuah jalan di Daeso-eup, Daerah Eumseong, kira-kira jam 3 pagi (waktu tempatan).

Insiden berkenaan tercetus apabila dua kumpulan yang disertai suspek dan mangsa terlibat dalam satu pergaduhan besar yang melibatkan 10 individu.

Semasa pergelutan berlaku, suspek bertindak mengeluarkan pisau lalu menyerang mangsa.

Selain mangsa yang terkorban, seorang lagi dilaporkan cedera dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Suspek melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran selepas serangan tersebut, namun berjaya ditangkap kira-kira sejam kemudian.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui keadaan sebenar kejadian tersebut dengan menyoal siasat suspek serta individu lain yang terlibat.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Regu Berpasukan Negara Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia

0
NAGOYA - Skuad sepak takraw negara mara ke separuh akhir acara regu berpasukan Sukan Asian Aichi-Nagoya 2026 sebagai juara kumpulan B, sekali gus meneruskan...

CATEGORIES