Monday, November 9, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Semua Harapkan AI, Kita Akan Lebih Malas’ - Siti Nurhaliza

‘Kalau Semua Harapkan AI, Kita Akan Lebih Malas’ – Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR – “Teknologi sepertii kecerdasan buatan (AI) memang perlu diraikan tetapi bukan sepenuhnya.”

Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai penggunaan berleluasa AI termasuk dalam penghasilan karya muzik.

Kata Siti, 47, AI boleh digunakan oleh mana-mana pihak namun perlulah berpada-pada sehingga boleh mengenepikan kreativiti manusia.

“Sebenarnya AI ini hanya sebagai ‘alat’ sahaja. Kita jangan sampai menolak sebab ini adalah kemajuan teknologi.

“Kita sepatutnya menggunakannya pada waktu dan cara yang bersesuaian.

“Selebihnya perlu guna kreativiti dan berinovatif sendiri. Barulah minda kita berkembang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Jelasnya, penggunaan AI secara berlebih-lebihan akan membuatkan manusia menjadi lebih kurang aktif dalam menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti sendiri.

“Kalau kita mengharapkan semua pada AI, akan jadi lebih malas.

“Sebab itu saya cakap, AI hanya sebagai alat sahaja. Selebihnya kita kena kerjalah dengan kehebatan dan kreativiti kita. Itu jawapan saya,” katanya lagi.

Terdahulu, isu penggunaan AI dalam penghasilan karya kreatif seperti lagu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan penggiat muzik tanah air.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES