Tuesday, July 28, 2026
HomeHIBURAN'Hari Ke-3 Tak Boleh Berjalan, Ibu Aqish Alami Cyst Kali Kedua'

‘Hari Ke-3 Tak Boleh Berjalan, Ibu Aqish Alami Cyst Kali Kedua’

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Balqis meluahkan kebimbangan memikirkan tahap kesihatan ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, yang sekali lagi disahkan mengalami ketumbuhan cyst buat kali kedua

Puteri Balqis atau Aqish,19, berkata keadaan insan kesayangannya itu semakin membimbangkan selepas ketumbuhan tersebut kini membesar separuh saiz sebiji epal hanya dalam tempoh dua bulan sehingga membuatkannya sukar berjalan.

“Ibu Aqish kena cyst lagi dalam tempoh dua bulan. Hari ketiga tak boleh jalan langsung. Cyst sudah besar separuh epal,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Menurut pelakon drama Telah Aku Halalkan itu, suasana gembira yang dilalui mereka sekeluarga usai makan angin kini berubah kepada suram.

“Baru sahaja kami bawa dia jalan-jalan, gembira tengok dia gelak. Ini sudah sakit balik. Sunyi balik bila balik rumah,” ujarnya.

Belum putus harapan, Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu tidak ketinggalan meminta pandangan pengikutnya berkenaan penyakit tersebut.

Menerusi hantaran sama, Puteri Balqis juga mendedahkan ibunya turut berdepan gangguan mental atau Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) seminggu sebelum diserang cyst.

“PTSD mommy agak teruk seminggu sebelum terkena cyst. Tapi tiada (kena) mengena rasanya,” katanya.

Menghargai sokongan insan sekeliling, Puteri Balqis menzahirkan terima kasih kepada bapa tirinya, Farris yang menjaga ibunya itu dengan sepenuh perhatian, selain tunangnya, Didi.

“Terima kasih Apak (Farriz) tidak tidur siang malam jaga isteri. Besar jasa Apak. Terima kasih Didi ambil alih kerja Apak buat sementara. Kami sayang Mommy dan Apak,” luahnya.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen menitipkan doa serta berharap Norashikin dapat pulih seperti sediakala.

“Semoga mommy Aqish kuat lawan sakit dan cepat sihat ya,” tulis seorang pemilik akaun Instagram.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ai Adalah Tema Utama Tapi Ai Itu Yang Bunuh Estetika Seni...

0
PETALING JAYA: Berpengalaman empat tahun bersama Citrawarna di bawah Pak Ngah Production, pelakon, Arja Lee menyifatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai tema utama acara...

CATEGORIES