Friday, July 24, 2026
HomeHIBURANBerhijab Berlakon Watak ‘Junkie’ Mesti Seronok – Nad Zainal

Berhijab Berlakon Watak ‘Junkie’ Mesti Seronok – Nad Zainal

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal menyuarakan pandangannya mengenai kepelbagaian watak yang boleh dijayakan aktres berhijab tanpa perlu mengehadkan potensi seni mereka dalam industri seni.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, meluahkan keterujaannya jika diberikan peluang membawakan peranan beremosi berat yang sangat berbeza daripada kebiasaan.

“Kalau berhijab berlakon watak ‘junkie’ (penagih dadah), mesti seronok kan?

“Mak-mak pakai tudung sarung duduk rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), hisap batu, abaikan anak dan kena turunkan berat badan untuk watak.

“Siapa kata berhijab tak boleh watak-watak macam ini?,” katanya dalam Threads.

Tambahnya lagi, imej berhijab bukanlah penghalang untuk membawakan peranan beremosi berat, watak licik, mahupun antagonis tanpa perlu melanggar batas hukum .

“Gila? Jahat? Licik? Boleh saja.

“Gatal berhijab pun boleh dan masih tiada adegan bersentuhan,” katanya lagi.

Pada masa sama, bintang drama Bahagia Yang Tertangguh itu berharap rakan-rakan pelakon wanita yang bertudung agar kekal istiqamah dalam arena lakonan.

“Semoga semua pelakon wanita berhijab terus istiqamah, kita boleh lakukannya,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amerika Meterai Perjanjian Nuklear Dengan Arab Saudi

0
WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) mengumumkan perjanjian penting dengan Arab Saudi bagi  mewujudkan program nuklear awam di negara Teluk itu. Langkah itu diambil ketika Presiden Donald...

CATEGORIES