Thursday, May 14, 2026
HomeBERITAMCMC Gerakkan PRIME Dan NADI, Sokong Pemulihan Komunikasi Di Sabah

MCMC Gerakkan PRIME Dan NADI, Sokong Pemulihan Komunikasi Di Sabah

CYBER JAYA, 15 September 2025 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkukuh usaha memastikan mangsa bencana di Sabah kekal terhubung melalui penyediaan kemudahan komunikasi kecemasan MCMC PRIME dan perkhidmatan Internet komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

MCMC PRIME, iaitu kenderaan mudah alih dilengkapi sokongan komunikasi, telah digerakkan ke Kampung Cendrakasih dan Penampang bagi membantu pasukan penyelamat serta menyokong kerja-kerja pemulihan infrastruktur oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pada masa yang sama, sebanyak 131 NADI turut diaktifkan untuk menyediakan capaian Internet kepada masyarakat yang terkesan, agar mereka kekal berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa.

Sehingga kini, sejumlah 266 menara telemunikasi terjejas akibat gangguan bekalan elektrik. Daripada jumlah tersebut, lebih separuh (147 menara) telah kembali beroperasi, dengan kerja-kerja pemulihan giat dilaksanakan secara berperingkat bersama syarikat telekomunikasi.

Selain itu, MCMC turut menubuhkan Task Force bersama syarikat telekomunikasi dan SESB bagi memantau keadaan semasa di tapak-tapak terkesan. Mesyuarat berkala ini memberi tumpuan kepada penyelarasan pemulihan collector sites (tapak utama yang mengawal liputan komunikasi di kawasan sekitarnya) dan tapak kritikal yang dikenal pasti sebagai sasaran penting, di samping memastikan penyaluran bekalan kuasa sementara melalui genset, agar proses pemulihan komunikasi dapat dipercepatkan.

MCMC akan terus bekerjasama dengan agensi penyelamat, syarikat telekomunikasi, serta pihak berkuasa negeri dan persekutuan untuk memastikan komunikasi dan capaian Internet di kawasan terjejas dapat dipulihkan segera demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kasihan, Orang Tak Tahu Kak Jee Ada Asma Yang Teruk’ –...

0
PETALING JAYA – “Orang tak tahu dia ada asma yang teruk. Tapi saya tak tahu kenapa Kak Jee tidak pernah cakap benda ini.” Demikian perkongsian...

CATEGORIES